I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, August 3, 2012

Pak Yahya yang kempunan

'' Yah, sesekali aku nak jugak makan yang sedap-sedap. hari-hari kau kasi aku makan menu yang sama, tekak aku ni pun dah meronta-ronta. tertekan dia Yah. kalau kau tak kesian kat aku, kesian lah kat tekak aku ni, Yah '' kata Mat Ketong. 
Pak Yahya yang lebih mesra dipanggil Yah hanya mampu melihat rakannya. matanya yang ada petak-petak sikit tu kelihatan suram. kesian. tapi apa boleh buat, itu saja yang dia mampu beri. '' kau makan je lah Mat Tong. itu je yang ada. '' kata Yah. 
Mat Ketong mengeluh. sudu dan garfu dicapai. dikuis-kuis nya makanan itu. tak selera benar dia. Yah yang melihat perlakuan sumbing Mat Ketong pantas mencapai garfu lalu meyumbat makanan itu masuk ke mulut Mat Ketong. seperti memasukkan inti tahu sumbat saja lagaknya. 
'' Yah, malam ni kita dinner apa? ''
'' kau nak makan apa? ''
'' aku boleh request ke, Yah? ''
'' kalau mampu, aku tunaikan lah.'' balas Yah bersungguh-sungguh.
'' kalau boleh, menu sampingan aku nak lasagna, pizza dengan BK. menu utama, cukup lah sekadar ayam golek, dengan pari bakar. dessert aku nak aiskrim BR. tutti frutti pun boleh. kalau takde, walls pun aku terima.'' lancar saja Mat Ketung menyebut satu-satu menu. ibaratnya seperti menekan-nekan keypad nokia3310. lancar tiada sekatan. tak macam touchscreen yang takde keypad. 
Yah bingkas bangun. mukanya nampak bengis sekali. aura Harimau Janji Ditapai-ie menyelubungi diseluruh tubuhnya. element super saiyya semakin membuak-buak. rambutnya yang keputihan bertukar menjadi keungguan. level tranformasi sudah mencapai tahap maksima. kalah transformer episode lapan ratus lapan puluh lapan. gundam kaler biru juga tidak mampu bertukar seperti mana Pak Yahya bertukar. begitu dasat sekali gayanya. 
'' kau tunggu nak raya nanti. nanti aku kasi kau makan puas-puas. sampai gemuk badan kau mengalahkan maitibu dalam dragon ball.! masa tu, tiba masa balas budi. '' kata Yah. lalu dia terus terbang ke arah bangau yang berkicau mencari makanan. dasar bangau tak reti puasa.! kata Yah melepas geram sambil kentut kuat-kuat. Mat Ketong yang kecuakkan cepat-cepat mengemas pakaian nya. segala henset, ipad, iphone turut dibawa sama. hanya Sony XPlay sahaja yang dia tinggal. tak mampu dia bawak kerana begnya dah tak muat. dia meninggalkan sepucuk surat untuk Yah. lalu dia terus beredar membawa diri, jauh dari Yah, jauh dari kampung Tengkorakmu Hilang.


******
Pak Yahya yang baru balik dari tengok cerita Dejavu di Kentutlu sebab nak hilang kan geram mula pelik bila tengok Mat Ketong tiada di port biasa nya. puas dia cari sekeliling rumah, namun tidak berjumpa. akhirnya dia terjumpa sepucuk surat dekat bawah tali kegemaran Mat Ketong. dengan rakus Yah terus membuka surat itu, sampai terkoyak sedikit dibahagian tepi. 


Yah, aku mintak maaf. terima kasih aku ucapkan sebab kau jaga aku, kasi aku makan, tempat tinggal. tapi Yah, aku masih belum bersedia untuk itu. aku masih bujang. aku belum kawin. aku takde generasi. izinkan aku rasa nikmat perkahwinan dulu, baru aku merelakan diri untuk kau. oleh itu, bersabar lah. nantikan kepulangan aku dengan anak-anak aku. 
p/s aku tinggalkan Sony Xplay tu untuk kau. supaya kau boleh naikkan score Fruit Ninja. aku harap kau berjaya. 


penuh cinta (duckface),
Mat Ketong


Pak Yahya terduduk, terkesima dia sebentar. Sony Xplay kepunyaan Mat Ketong diambil. ditekan-tekan seperti menaip sesuatu.
'' Hello, Man. Rasanya tahun ni tak jadi lah kita nak merasa daging kambing. kambing ayah lari. Hmm. Okey. Kita makan rendang ayam je lah ye, Man. Okey. Chow.''
Pak Yahya masuk ke rumah dengan hati yang berduka lara.


'' bawa daku pergi~ surf jauh2~ lari dari realiti~ '' - Mat Ketong. cc:sumber gugel


-- layan haiwan peliharaan korang dengan sebaiknya, lagi2 yang nak dibuat 'lauk'. jangan sampai diorang lari :)

No comments: