I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 9, 2012

EJEN 505


'' agent 505.! Agent 505.! Perhatian.! Agent 505.! Sila ke pengkalan data sekarang, over.! ''
'' agent 505, arahan diterima. Over.! ''

Pesawat Lycra the Phoenix berdesup laju membelah awan. Pusingan 180 darjah dilakukan. Berkepuk-kepuk asap memenuhi ruang angkasa Negeri Temberang. Entah kenapa dia diberi arahan untuk pulang sewaktu menjalankan misi mengalahkan raksasa berkepala tiga, dia sendiri tidak tahu. Mungkin ada misi yang lebih penting untuknya, kata si otak. Dia hanya mengangguk.

Pintu gerbang pengkalan data Verysure D’Bagus terbuka mengalu-alukan kepulangannya. Selesai mem’parking’ Phoenix nya, Estensyler terus menuju ke tempat yang dia nak tuju.  Chief kecik sedang menanti dengan muka serius. Kerusi yang didudukinya dipusing-dipusing kekiri dan kanan. Sambil dinaik turunkan ke atas, kebawah. Jakun betul orang tua ni. Kat rumah takde lettew.! Kata Estensyler dalam hati. Cakap depan-depan nanti kena marah pula.

'' ada apa chief nak jumpa saya ? ada tugas baru ke ? '' soal Estensyler tidak sabar.
'' tidak. Saja je saya panggil kamu. Nak ajak ngopi, '' Estensyler terkedu. PA chief si Sheristar yang baru masuk turut terkelu. Orang tua buang tebiat? Dalam tidak sedar mereka mengangguk sendiri. '' err..kita ngopi malam nanti pun boleh chief. Saya tengah berusaha mengalahkan raksasa tadi..saya pi sambung keja saya lah, ye chief ? '' kata Estensyler hormat.

Tiba-tiba chief ketawa melekek-lekek. Geli hati benar dia. Estensyler dah panas hati. Ada yang kena libas dengan backhand super tornado ni kang. Grrr.

'' duduk lah dulu..sebenarnya..saya ada sesuatu nak dibincangkan dengan kamu. Sheristar, tolong buatkan dua cawan kopi, kurang gula, tambah sikit madu. Dan jangan lupa, guna mug yang Mat Ketong hantar kat saya tempoh hari, ye ? '' Sheristar mengangguk sambil berlalu keluar. '' chief, saya puasa.'' Kata Estensyler. Serba salah pula dia. ''saya pun puasa. '' chief dah senyum-senyum. Estensyler hanya diam. Pening kepala layan kepala orang tua ni. Nak dikata nyanyuk, nampak muda lagi. Nyanyuk sebelum usia, kot?

'' Estensyler, tujuan saya memanggil kamu adalah untuk memberi kamu satu tugas khas. Hanya kamu dan Lycra the Phoenix sahaja yang boleh melakukan tugas ini. Adakah kamu ingin menerimanya? '' chief dah masuk mood serius. Muka Estensyler dipandang sehingga tembus ke pintu. Estensyler terkejut dengan tawaran tu. Dia nak melompat walaupun tak tau tugas apa yang bakal dia galas. Happy dengan kata-kata chief yang menyatakan bahawasanya hanya dia seorang sahaja yang boleh melaksanakan tugas tu. Dia ter’riak’ sekejap.

'' saya sanggup, chief.! Biar pun meredah lautan api, akan ku lakukan jua demi keamanan umat sejagat.'' Chief menepuk-nepuk bahunya sambil menghadiahkan senyuman sejuta bintang. Bangga dia dengan Estensyler. '' chief, ini kopinya. '' ujar Sheristar sambil meletakkan dua mug kopi diatas meja. Chief mengangguk lalu menunjukkan pintu yang bertulis EXIT kepada si Sheristar. Sheristar menjeling tajam lalu berlalu keluar. Kakinya dihentak-hentak sampai patah tumit kasut.

'' baiklah Estensyler, saya nak kamu hantar kopi ni ke arah 75 darjah utara 306000 batu dari Kampung Tengkorakmu Hilang. gunakan Lycra the Phoenix kamu yang baru direnovate itu. Dan jangan lupa, disetiap persimpangan, lakukan back flip 360 darjah dan kamu akan jumpa petunjuk yang menunjuk. Dan ingat lah, disepanjang perjalanan kamu akan ada liku-liku yang mendatang. Jangan kau berputus asa, teruskan perjuangan. Ingat lah, Estensyler, hanya kamu dah Phoenix yang mampu melaksanakan tugas ini.'' Kata chief penuh semangat.

'' saya kena hantar kat siapa ni, chief? ''

'' Mat Ketong dan isterinya, Mak Jombli ''

*****************
“ hello, Mat. Aku dah hantar anak buah aku deliver pesanan kau. Dia tengah naik angin tu, kau hati-hati lah ye. Ermm. Okey. Baik. Jangan lupa janji kita ye, bini aku ngidam sangat nak makan daging lembu dari sana. Okey. Chow ”

diwaktu yang sama....

'' tak guna punya chief. kalau suruh deliver dekat Raja Planet PLUtaraya ni takpe lah jugak. ini kambing bumi.! mentang-mentang lah kawan seguli selongkang selumpur dia. Dasar kambing bertuxedo.! Tercalar maruah aku dari si Pengkaji Angkasaraya ke Mat deliver. '' Estensyler mengetap-ngetap bibirnya menahan geram.

my name is Chief Goatee - cc : gugel 


-- p/s jgn riak dengan apa yg kita ada. itu tak semestinya yang terbaik untuk kita :)
-- p/ss ingat pesan chief baik2 sebelum memulakan langkah ke kehidupan baru :)
-- p/sss jangan racist.! *mungkin takde kaitan utk mereka yang tak nampak*

kasut puteh says :: disetiap persimpangan, lakukan back flip 360 darjah. treasure it :)

No comments: