"kau ni langsung tak berubah la. dari dulu sampai laa ni, dok tang tu aje.!" kata dia kepada dia yang lagi sorang.
nak cerita pasal perubahan dalam diri seseorang, kita yang bukan diri dia toksah nak sebok-sebok lah kata dia dah berubah ke belum. dok tang mana pun, kita nampak apa yang kita nampak je, yang kita tak nampak, kita mana tau? ye dak?
tapi bila terfikir balik, apa tu perubahan, hey, banyak makna rupanya perubahan tu. dari yang sekecik-keciknya sampai laa ke yang besar gabak, itu semua dipanggil perubahan.
sepanjang 20 tahun (bape bulan entah) aku hidup ni, aku pun telah mengubahkan diri dari sesuatu ke sesuatu. tapi aku still failed nak ''bertukar'' macam otromen tu. ohh, mereka sangat cool, tahu? jangan tanya aku, antara spiderman dengan otromen siapa lagi kuat. apa punya soalan entah. terang-terang lah otromen lagi kuat.
balik ke pangkal jalan, perubahan-perubahan yang telah aku lakukan. kalau dulu masa kecik aku punya tak suka tengok kamera, rasa macam apakebenda lah menatang flash-flash ni, tapi sekarang aku dah rapat sikit dengan kamera. eh, ke banyak? entah. haa. tapi, bukan kah itu satu perubahan?
kalau dulu masa kecik-kecik aku pernah masak nasi, tapi sampai ke subuh nasi tu tak masak. bila nak makan rasa pelik je kenapa lah beras tu tak transform jadi nasi. dan punya lah sengal aku cakap kat mak aku, ''mak, beras ni rosak ni. dia tak jadi nasi pun.'' padahal tak tekan periuk, terpaksa berlapar untuk dua kali ganda dari biasa. bila ingat balik rasa macam dungu bangau jugak aku ni dulu. tapi sekarang dah tak lagi, aku dah expert masak nasi.! bukan kah itu satu perubahan?
kalau dulu masa kecik-kecik, aku ni jenis yang hot tempered. buat lah salah sikit, confirm angin aku keluar. abang aku yang tua tu jadi kawan gaduh aku masa kecik-kecik dulu. bertumbuk je keja kitorang. kalau berselisih bahu, tak menjeling memang tak sah. tapi sekarang dah tak lagi.! kitorang boleh shopping sama-sama dah sekarang ni. sampai makan pun dah boleh bersuap-suap. eh, tak lah sampai bersuap. tapi nampak lah kan kitorang dah baik? dan aku pun dah boleh kawal tempered aku dengan jayanya. tapi tu bukan bermakna korang boleh suka-suka buat hal dengan aku *muka gengster* dan, bukan kah itu satu perubahan?
banyak lah sebenarnya.kalau dulu aku cuma copy anime dari member sebab malas nak donlod, tau tengok je. tapi bila diorang takde mula lah nak kelua muka sekupang lima kupang. tapi sekarang dah tak lagi. aku dah rajin donlod sendiri. aku pun rajin tengok online je. tu yg asik kena bising dengan rumet, keja tengok katun je. tapi, bukan kah itu satu perubahan?
korang pun mesti dah lalui banyak jugak perubahan dalam diri korang kan? antara sedar dengan tak je. jadi aku tak rasa orang lain layak cakap kita begitu begini sebab diorang tak tahu dan tak pernah tahu, mungkin? tak ke? eh. so what? in my opinion, yes, it is.
orang yang kata kita tak matang tak membesar dengan kita, so how can they judge?
orang yang kata kita hidup tak pernah berdikari tak membesar dengan kita, how can they tell?
orang yang cakap kita sama je dulu kini selamanya tak join perjalanan hidup kita, so what the coconut are they talking?
no no no. i'm not emo. seriously. :)
jadi di sini, ingin aku tegaskan bahawa people change :) tak kira besar mana perubahan tu, tak kira apa juga jenis perubahan, they do changed. eh. tak salah kalau nak cakap '' kau ni tak berubah langsung '' and apa-apa lah yang berkaitan dengannya. seriously, tak salah. :)
c'mon peeps. you've got no sense of humor or what?
-- tulisan kali ni agak serabut. biasalah, dah lama tak menulis. eh.
-- aku doakan korang tak pening kepala masa membaca :)
kasut puteh says : giving an opinion and judging is two different things separate by a thick line.
No comments:
Post a Comment