'' aku frust lah, Adilla Syakila binti Khairul Azmi..''
'' mengapakah wahai adinda ku Azmelia binti Asmadi? '' Adilla bertanya kembali. dilihatnya wajah Azmelia dalam-dalam. tensi sahaja mukanya. ibarat tempoyak basi dihurung lalat.
'' yang kau berkanda adinda dengan aku ni kenapa? cukup lah dengan drama yang menghina aku dan kerabat ku yang sibuk diperkatakan dilaman sosial, jangan pula kau menambah lagi kesebalan dihatiku ini.'' Azmelia menarik muka lapan belas. sebal. geram. sakit hati semua nya ada. ingin sahaja dia menembak dengan machine gun makhluk yang merosakkan nama baik kaum kerabatnya itu. kalau lah dia boleh jumpa dengan perempuan tiruan ituuuu.!!
'' bukan niat aku untuk mempersendakan kau, Azmelia binti Asmadi. aku cuma concern dengan kau. kau tahu kan, aku tak boleh lihat kau berduka lara. nanti aku juga turut bersedih. ibaratnya, cucuk mata kanan, mata kiri terkatup jua.'' Azmelia terdiam. dia tahu Adilla kawan yang baik. walaupun mereka berlainan darjat, berlainan darah, berlainan keturunan. tidak seperti perempuan tiruan itu, sudah lah tidak kenal, berani pula dia ingin menjoinkan dirinya bersama kaum ku, malah langsung tidak menghormati kami, memberi malu lagi ada. manusia, aku benci manusia yang sepertinya.!
'' kau bersedih kerana video itu? '' Adilla meneka. sejak melihat video itu di tiubanda, Azmelia terus bermasam muka. seperti terkena panahan kentut seribu bau pakcik skunk. kelat dan busuk.!
'' hmmm. aku tak tau la apa masalah dia dengan kerabat aku. kami takde kacau dia, tiba-tiba dia..........entah lah. INFECTION? MC 5 HARI? JADI? KENPA MESTI KAITKAN KAMI? Adilla Syakila binti Khairul Azmi, apa yang patut aku lakukan? kata kan lah padaku..katakan lah ucapkan lahh percaya laahh...'' Azmelia hampir-hampir bertransformasi menjadi Hazami, mujur Adilla sempat mengembalikannya ke dunia nyata.
'' wahai Azmelia binti Asmadi, jangan lah kau gusar, jangan lah kau bersedih hati. sesungguhnya, dia mengagumimu. kau harus berbangga kerana manusia ingin meniru gayamu. namamu kini lebih terkenal dikalangan mereka. bergembiralah, kerana satu hari nanti kau mungkin akan dinaiktaraf menjadi model dalam front page majalah-majalah, payyperr, serta buletin utama. senyum lah, sahabatku. tunjuk kan senyuman yang ori datang dari kaum mu, buka fake dari para pentiru.''
'' terima kasih, sahabatku.! '' Azmelia tersenyum bahagia.
Adilla dan Azmelia pulang ke dorm masing-masing setelah puas meronggeng di waktu petang.
Zizan yang melihat dari jauh perilaku dua sahabat itu hanya mampu menggeleng kepala. ini rupanya maksud ' ibarat ayam bercakap dengan itik.'
-- setiap ciptaan Allah itu indah-indah belaka :)
No comments:
Post a Comment