satu hari di tempat yang gelap, Pontoi merangkak-rangkak mencari jalan. disitu dia belajar menukar arah dari jalan yang bengkok ke jalan yang lurus. semak samun, hutan belukar semua diredahnya semata-mata untuk mendapat secebis cahaya demi kesenangan masa depan. seperti tiada apa yang dapat menghalang liku-liku perjalanannya. disimpang empat tempat gelap itu, dia terjumpa Pandek. dia melihat Pandek sedang meraba-raba sesuatu di tanah. Pontoi pun berkata, " Hoi, Pandek.! tak sangka aku jumpa kau kat sini. kau meraba apa tuh? mentang-mentang lah tempat gelap, kau ingat kau boleh buat sesuka hati kau??" Pandek yang terkejut dengan jerkahan si Pontoi pon termelatah ''OH MY MOMMY IS GORGEOUS.!!'' Pontoi tergelak-gelak melihat Pandek melatah. padahal bukan lawak pun. ''kau meraba apa tu?'' soal Pontoi lagi sekali bila Pandek lupa nak jawab soalan dia tadi. ''aku tengah cari spek mata aku nih. terjatuh masa aku terlanggar batu licin tu.'' jawab si Pandek. Pontoi yang penuh dengan semangat setia kawan itu terus tolong si Pandek cari spek. si Pandek tu rabun teruk. kesian la kononnya. padahal dalam hati harap sangat si Pandek nanti bagi pinjam Sony XPlay kat dia. sebagai tanda membalas jasa. tidak lama kemudian..spek mata Pandek pun ditemui. mereka berdua meneruskan lagi jalan kembali mereka.
tiba-tiba..
gempa bumi dan angin ribut melanda dengan kuatnya. Pontoi dan Pandek dah gabra. cepat-cepat diorang pegang batu-batu licin yang ada disekeliling mereka. angin ribut berhembus lagi sekali, tapi kali ni lebih kuat lagi. Pontoi terlepas pegangannya di batu licin tersebut, dia hampir-hampir terbang dibawa angin, tetapi kecekapan Pandek memegang kepala Pontoi berjaya menyelamatkan Pontoi dari dibawa terbang si angin ribut. setelah angin ribut reda, mereka meneruskan lagi perjalanan mereka. dari jauh, Pandek terlihat satu lubang cahaya yang samar-samar. untuk menunjukkan betapa gembiranya dia, dia terus berjoget dengan iringan lagu maru maru mori mori yang datang entah dari mana. Pontoi yang kepelikan dengan tingkah laku si Pandek terus terduduk terpeleot. tangannya diangkat ke langit sambil berdoa, " Ya Allah, aku mohon padaMu, permudahkan lah perjalanan kami. Kau jauhkan lah kami dari sebarang kecelakaan. selamatkan lah Pandek daripada sampukan makhlukMu yang tidak kami nampak. Amiin Ya Rabb. '' Pontoi bangun lalu memegang muka Pandek. ''keluar kau.! keluar kau setan.! apa kau nak dekat Pandek hah??!'' Tamparan Naga berkaki Lima tiba-tiba singgah ke muka Pontoi. Pontoi terkesima. baru sahaja Pontoi ingin membalas dengan Tumbukan Gajah berbadan Kuda, cepat-cepat Pandek menunjuk ke arah cahaya tadi. Pontoi yang tadinya bengis kini dah mula melompat-lompat macam orang gila. Pandek cepat-cepat menampar-nampar muka Pontoi, takut tersampuk kononnya.
mereka berlari-lari emak menuju ke cahaya tersebut. mereka berlari-lari sambil berpimpinan tangan, dengan penuh riang gembira serta gelak ketawa macam orang baru dapat kotak ketawa. sampai sahaja di hadapan cahaya yang terang benderang itu, Pandek terhenti. tiba-tiba dia sebak. Pontoi yang kadang-kadang dungu bangau itu terpinga-pinga. '' Pontoi..aku dapat keluar ni disebabkan kau. kau yang banyak tolong aku. aku takkan lupa jasa kau. kau lah kawan aku dunia akhirat. sampai mati aku takkan lupa kau.'' Pandek buat ayat sebak. Pontoi yang hati kering hanya memikirkan Sony XPlay si Pandek. namun begitu, untuk menunjukkan yang dia itu adalah sahabat, dia mengangguk dan memaksa air matanya keluar. terharu kononnya. '' mari kita menuju cahaya itu bersama-sama, sahabat.! '' kata Pandek lepas tengok Pontoi macam tak nak cakap apa-apa. Pontoi tersenyum lebar lalu melangkah lah mereka bersama-sama menuju cahaya yang terang benderang itu.
" jilake punya semut.!! dah takde tempat lain ke kau nak masuk selain hidung aku??! menyusahkan aku je.! mampos kau sana.!" kata Ali sambil mencampak dua ekor semut hitam yang bermain-main dihidungnya dengan rakus sekali.
sekian.
-- moral of the story, berhati-hati masa berjalan. jangan lupa tengok kiri kanan sebelum melintas. :)

No comments:
Post a Comment