I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 24, 2012

kenapa aku tak boleh kawin awal ??

assalamualaikum..

niat dihati tak nak dah update buat masa terdekat ni, tapi memandangkan aku dah hampir-hampir nak jadi salah seorang penghuni TERATAK HAPPY maka terpaksa lah aku melepaskan segala kesakitan kebingitan kepeningan aku kat sini. 


kenapa aku tak boleh kawin awal?


rasanya ramai yang tahu aku ni obess maksud aku obses *malas nak backspace* dengan kawin awal ni. aku si pemegang usia 20 tahun. dalam diri kata, '' imma big girl.! i can marry now.!!'' namun,,di alam realiti yang fana ni, aku masih lagi dilayan seperti kanak-kanak kinderjoy. nampak besar sikit lah dari kanak-kanak ribena. ayuh kembali ke pangkal jalan, persoalannya, kenapa aku tak boleh kawin awal??

aku pernah ditegur oleh RAMAI kawan, ada yang kata ''chill lah. kan muda lagi, enjoy dulu,'' ada juga yang kata ''KAU INGAT KAWIN TU SENANG KE??'' dan ada juga yang kata aku gatal. mostly, ni lah jawapan yang kerap kali aku dapat bila aku menyuarakan tentang kawin awal. tapi, disebabkan keinginan yang melebihi segala-galanya ni, aku persetankan semua jawapan tu. usah kau halangi niat ku yang suci murni ini, itu rahsia skema jawapan dalam otak aku yang hanya aku sendiri je yang tau. dan sekarang dah tak rahsia lagi.


tapi sekarang, kehadiran Eton *bukan nama sebenar* dalam kehidupan seharian aku telah merubah segele-gelenya. kehadiran Eton membuatkan aku rasa diri ni sangat tak dihargai. membuatkan aku rasa betapa LOSER nya aku. tiap-tiap hari aku terpaksa berbuka berulamkan jantung masak lemak dan hati masak kicap. betapa pilu nya perasaan aku sekarang ni.


Eton juga yang menyedarkan aku, betapa dibawah paras negatifnya tahap kesabaran ku, betapa senipis kulit bawang nya naluri keibuanku. betapa ibarat sampah ditepi longkangnya tahap memujuk ku. betapa betapa betapa.! namun begitu, terima kasih Eton kerana mengurangkan kadar aku menggunakan cotton bud dirumah. pekikan lolongan seduan esakan si Eton berjaya mencairkan taik telinga ku yang berkerak ini. terima kasih, Eton.! 


nononono..baby don't cryyyyyy~


terima kasih Eton kerana menyedarkan aku bukan senang nak kawin. bukan senang nak bina keluarga bahagia. bukan senang nak didik anak-anak. bukan senang. yang senang nya cuma makan masa kenduri je. 


kesimpulannya, terpaksa lah aku tangguhkan niat tu untuk 3 atau 4 tahun yang akan datang. sampai aku rasa aku dah boleh senyap kan si Eton tu. sampai aku berjaya menawan hati Eton sebagaimana aku menawan hati si Aqib juga Wafiy. sampai aku jadi cukup sabar untuk melayan setiap tetesan air matanya itu. sampai tiba waktunya.!!


mujur ada Wafiy dan Raqib yang menghiburkan hati. kami sama-sama pening kepala melayan kerenah si Eton. *geleng-geleng kepala*


-- walaupun loser dimata Eton, tapi winner dimata mereka berdua :)
-- makdik sayamm korang.! nanti makdik belanja toraa okey.!

No comments: