'' Chik, ang puasa tak ? '' Bacik buat muka kelam. tak faham. bukan dia ada sahur sama-sama ke pagi tadi? tak ke?
'' Puasa lah. apasal ang tanya? ''
'' tak da lah. aku ingat ang PMS. ''
haaa. awatnya pulak budak Bederol ni. apa punya jargon dia guna ni. atau aku je yang dah mula tak faham dengan bahasa melayu? bahana tengok anime lah kot. '' awat nya? '' soal Bacik lagi sekali.
'' aku tengok ang langgaq ja subuh, zohor, asaq. tu yang aku ingat ang PMS. aku nak ingatkan ja, solat tu pun wajib jugak. perkara pertama yang disoal nanti, solat ang. aku sayang ang, Chik. Syurga tu luas. aku nak ajak ang masuk sana sama-sama. nanti bila tiba masanya, tak da lah ang marah aku, kenapa tak ingatkan ang tentang syurga.''
gedebukk.! terkena sebijik. tepat-tepat kat muka, takde sipi-sipi lagi dah. Bachik diam. teringat balik memori zaman Pendidikan Islam masa sekolah dulu.
rukun islam ada lima. tapi yang satu ni je yang dia rajin. Puasa. tak pernah tinggal. alhamdulillah. tapi,, bab solat...dia memang failed. lupa? entah. malas? mungkin. banyak sangat alasan yang dia boleh kasi. kalau kasi buku 555, boleh penuh dengan alasan kenapa dia tak solat. maybe? 'Buat lah walaupun terpaksa, kerana kewajipan tu kadang-kadang sifatnya memang terpaksa. Buat lah walaupun terpaksa, kerana dari keterpaksaan tu nanti akan jadi rela.' entah dari mana, tiba-tiba terngiang-ngiang ayat tu dekat kepala.
'' aku nak solat lah ni...ang kalut lah Rol..kasi aku makan sampai habis dulu lah.'' Bacik buat muka. malu pun ada bila ditegur begitu. otak nya masih ligat menghadam apa yang dikatakan Bederol tadi.
'' aku teguq sebab aku sayang ang Chik. tu yang buat muka gaya kucing frust tu apa hal nya?'' Bederol menyengih. dia tahu Bacik terkesan dengan ayatnya tadi.
'' mana ada. aku cuma terfikir je. sampai ati ang nak tinggal aku sorang-sorang. aku nak jugak masuk syurga.''
'' aku tau ang nak kesana. aku pun nak kesana jugak. macik sebelah rumah ni pun, kalau ang tanya mesti dia jawab nak punya. tak da sapa tak nak masuk sana Chik.''
Bacik terdiam. dengan Bederol ni tak boleh buat main benda-benda macam ni. memang akan terkena saja lah. lagi-lagi kalau dia dalam mood serius nya. harimau lapar pun boleh cabut lari 100 meter kalau dengar dia membebel. membebel ke arah kebaikan. membebel kerana Tuhan. bebelan yang ada isi. ada ke orang membebel yang takde isi? entah.
ustaz kata hidayah tu tak boleh tunggu. kena cari. kalau nak kata tunggu hidayah sampai baru nak solat, heh. lupa agaknya solat tu wajib, nak tunggu hidayah datang baru nak laksanakan perintah Tuhan? kemain demand lagi. macam nak makan nasi jugak lah, kan? nak makan, kena suap kat mulut. tak suap, kebulur lah sampai malam. nak hidayah, kena cari. tak cari, gelap lah sampai mati. gulp.!
'' pakat termenung ja, tapi tak da tindakan, tak boleh juga Chik.'' Bachik tersedar. termenung ke dia? ni bukan termenung. ni menganalisis maklumat. heh. ada je jawapan.
'' Rol..''
'' hmmm ? ''
'' ang tarawih malam ni? ''
'' insyaAllah. awat? ''
'' ikot. ''
'' sure. ''
******
'' Rol...''
'' awat? ''
'' lepas ni jom kita berbuka dekat masjid.''
'' ang ketagih nasi kerabu tadi ka? ''
'' banyak lah ang punya nasi kerabu. aku ketagih nak rasa nikmat hidup sebagai seorang Islam, yang bukan hanya sekadar dalam IC ja. aku ketagih nak tengok manusia jalin ukhuwah, kerana Allah. aku ketagih, nak duduk dekat rumah Allah.''
Bederol tersenyum. '' sure.''
-- Islam juga bukan hanya dengan solat dan puasa je. tapi jika yang dua ni terjaga, insyaAllah, yang lain turut terjaga sama.
-- anggap lah Ramadhan kali ni, sebagai bonus untuk kita. dalam mengerjakan misi menjadi hamba Tuhan.
-- bak kata Hilal Asyraf, jadi hamba Rabbani, bukan hamba Ramadhani :)
-- ''budaya'' puasa dekat Malaysia, masih belum pulih. lagu raya dah berkumandang kat mana-mana. puasa tak sampai pun 10 hari lagi. :(
No comments:
Post a Comment