I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, March 6, 2019


Assalamualaikum...


Well, it's my first time ever since my last post..

Actually aku masih dalam fasa heart-broken. Yes, someone broke my heart really hard. Dan aku masih begitu, terfikir fikir apa salahnya aku.

Kami berdua berpisah secara baik, walaupun tanpa hati kami rela. Kenapa? Sebab kami berpisah bukan kerana kami inginkannya, tapi orang lain. Cukup lah sekadar aku katakan, yang kami berpisah kerana kufu kami tak sekata, kerana jargon kami berbeza. Kerana harta aku cuma, apa yang ada dalam genggaman aku sahaja.

Dan ya, aku masih sayangkan dia. Padahal kami sudah berbincang untuk melanjutkan hubungan kami ke peringkat seterusnya, tapi bila ibu bapa tak restu, kita sebagai anak mampu apa? Dan ya... keluarganya sudah cari beberapa orang calon untuk dia, and i dont really know if salah seorang terima, idk. i didn't ask, though. Apa yang aku harap, supaya dia bahagia, dengan ada atau tiadanya aku, semoga orang lain dapat menjaga dia dan beri dia kebahagiaan yang dia sepatutnya terima.

Mungkin jodoh kami memang tiada. Mungkin juga jodoh kami belum tiba. Cuma aku yakinkan diri, kalau ini yang terbaik, maka Tuhan akan permudahkan. Permudahkan aku melupakan dia, permudahkan aku untuk memaafkan kesombongan ahli keluarganya, permudahkan aku untuk terus bergerak ke depan dan hidup dengan lebih maju lagi. Dan jika dia memang takdirku, memang jodoh yang telah ditentukan untuk aku, aku harap semoga Tuhan permudahkan juga. Permudahkan urusan kami berdua, permudahkan jalan untuk kami bersama.






No comments: