Cinta itu ujian.
Ujian yang payah untuk manusia harung.
Cinta mampu buat engkau jatuh terjelopok.
Cinta mampu buat engkau patah sayap kiri kanan.
Cinta mampu buat engkau hilang akal hilang pedoman.
Salah Tuhan kah jika Dia memberi rasa?
Engkau yang mudah memberi hati.
Engkau yang mudah menyemai rasa.
Dan kau salahkan semuanya kepada yang mencipta rasa? Lalu kau katakan Dia yang kejam kerana mencipta rasa namun tidak dia ciptakan cinta untukmu?
Hanya kerana cinta yang engkau harapkan masih belum tiba, kau sanggup berpaling dari Tuhan dan berputus asa dari rahmatNya?
Hanya kerana cinta?
Bukankah sejak engkau dilahirkan lagi Tuhan sudah memberikan mu cinta?
Sejak didalam kandungan lagi Tuhan sudah menyemai cintaNya terhadapmu?
Cinta ibu bapa terhadap engkau. Yang sanggup membesarkan engkau sehingga mampu berfikir dengan matang. Sehingga mampu berlari berdiri atas kaki sendiri?
Kawan, sahabat, teman, keluarga yang mencintai engkau. Masih tidak cukup?
Oh. Engkau manusia biasa. Manusia yang memang asalnya mempunyai sifat tamak dalam diri. Itu lah manusia. Tamak.
Hilangkan rasa tamak dalam diri engkau. Nanti engkau akan faham dengan aturan Tuhan.
Aturan Tuhan itu, cantik belaka. Syaratnya engkau kena sabar dan redha.
P to the s - jangan sebab kau putus asa dengan cinta manusia, kau salahkan Tuhan yang mencipta cinta. Panjangkan sedikit akal. Kalau benar kau percaya jodoh itu ditangan Tuhan, kau sendiri boleh fikir, kan?
No comments:
Post a Comment