I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 24, 2014

hai makhluk bumi

Assalamualaikum..

Yo makhluk bumi. Masih di bumi kah kalian?  Atau sudah bosan tinggal di bumi dan berlalu pergi ke planet lain? Hambar bukan? Gua tahu. Sebenarnya gua tak tahu nak kasi intro macam mana. Maafkan lah kehambaran gua kali ni.

Saje je gua nak test wifi mamak ni. Kawan gua kata laju. Bila gua try, memang laju. Tak mengecewakan hati gua yang tengah kecewa ni. 

Oh. Gua baru balik dari gunung hitam. Gua tak nak cerita lah apa yang menarik dekat gunung tu kat entri ni. Nanti lah gua rajin gua buat satu entri spesel pasal gunung tu. Ada rezeki engkorang, dapat lah engkorang baca. Takde rezeki, padan muka engkorang. 

Dah lah. Gua dah tak sanggup nak hambar lama lama. Gua nak muntah dah ni. Kalau muntah dengan idea nak tulis apa lain lah juga. 

Dah. Bai.

Saturday, November 15, 2014

engkau tunggu apa ?


Kau tak kacak. kau tak gentle. kau tak sempurna. kau banyak kekurangan. 

Takpe. 

Orang tak kacak selalu nya dapat si dia yang lebih menawan. dia dah cukup pesona untuk kau yang tak gentle. dan engkau memang sepatutnya tidak perlu sempurna, kerana jika engkau sempurna, maka engkau bukan manusia. kekurangan engkau juga mampu dia tutup dengan semua kelebihannya.

jadi, engkau tunggu apa?