I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, March 26, 2015

Tolong la jawab soalan gua ni

Assalamualaikum..

Harini gua serabut sikit. Entah lah.  Susah gua nak cerita sebenarnya. Sebab tu la gua tulis. Gua serabut ni,serius gua serabut.  

Dalam hidup ni, kita memang akan lalui masa masa yang macam ni.  Hidup gua sekarang ni penuh dengan warna. Macam macam kaler ada. Kaler yang gua tak pernah tahu kewujudan dia pun ada. Gua tengah cari jalan macam mana gua nak rasional dengan apa yang berlaku dalam hidup gua sekarang ni.  

Sebenarnya lagi sekali...  Gua tetiba takde idea nak update apa. Engkorang nampak kan betapa serabutnya otak gua sampai nak update pun tetiba gua ketandusan idea. Walaupun gua ni bukan lah power sampai ada idea yang mencurah-curah,  tapi harini memang loser betul. 

Gua serabut.  Gua sedih.  Gua nak tanya ni, perlu ke gua suarakan apa yang ada dalam hati gua sekarang ni'? Perlu ke? Engkorang rasa, dengan memuaskan nafsu soalan gua, mampu ke gua kembali tenang?  Hm. 

Thursday, March 5, 2015

Hm

Assalamualaikum..

Yo. Apa khabar engkorang semua? Gua harap sihat lah ye. Tujuan gua menulis hari ni adalah sebab gua dah lama tak menulis. Tapi kalau takde tujuan pun engkorang peduli apa, ye dak?

Sebenarnya gua tengah sedih ni. Entah lah. Gua rasa kosong sikit. Mungkin faktor usia yang semakin meningkat yang membuatkan gua rasa macam ni. Sebenarnya untuk kali kedua, gua rindu. Gua rindu kat tiga malaon yang menggamatkan hidup gua dengan macam macam perangai. Sahabat gua masa kekecik dulu. Zaman sekolah kira zaman kekecik lah, ye dak? 

Gua rasa.. macam kurang dah masa kitorang bersama. Mungkin sebab dah dewasa, masing masing ada komitmen tersendiri. Sibuk dengan hal sendiri. Takpe. Gua faham. 

Gua ni memang kaki emosi. Sebab gua bukan jenis yang easily attached. Tapi bila dah terattached, gua jadi overly attached. Tapi cerita dia, gua ni egois. Saje tak nak tunjuk rapuh. 

Dah lah. Gua nak pergi menangis kejak. Engkorang bukan faham apa yang gua rasa. Bai.