I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, January 1, 2015

2015

Assalamualaikum..

Selamat tahun baru gua ucapkan kat ngkorang semua. 

Gua tengah makan makan kat kedai ni. Orang belanja. Walaupun baru 3 jam lepas gua dah selamat bantai kuey tiaw goreng sama rojak buah dengan teh o panas, tapi sebab rezeki murah malam ni, maka gua sambung lah acara makan makan nasi putih+tomyam+daging masak merah+kailan ikan masin+telur dadar sambil ditemani tembakan padu bunga api ke langit.

Yang gua tak faham, kenapa setiap kali perayaan mesti ada bunga api? Kenapa tak tengok bunga raya je? Tak patriotik betei ngkorang ni. 

Gua syak jiran tetangga gua tengah seronok bakar mercun kat rumah. Ngkorang apa tahu. Diorang tu lepas krismas pun bakar mercun. Cilaka betei. 

Jadi.. azam tahun baru gua... gua nak cuba tunaikan azam gua tahun lepas. Gua lupa sebenarnya. Tapi takpe. Kejak lagi gua baca balik semula apa azam gua. 

Okey lah. Gua rasa hambar sikit hari ni. Mungkin sebab gua tengah rindu kat cinta hati. Kakakakaka

No comments: