I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 17, 2015

ngkorang tak faham

Assalamualaikum..

Gua tengah pening ni. Gua serabut. Gua punya serabut ni sampai tahap gua rasa nak pi minum cuka. Gua rasa nak kasi sepakan padu ke anjing rumah sebelah. Gua rasa nak jalan kat tepi jalan sambil sepak semua sampah yang ada sambil tangan gua masuk dalam kocek seluar. Gua rasa nak pi lepaskan semua kuda kambing lembu yang ada kat tempat gua ni sambil gelak kuat kuat. Gua serabut ni gua serabut ! Ngkorang tak faham.

Gua dah mati akal ni. Jangan sampai gua pi google "cara cara memujuk homo sapien" pulak. Grr

ni gua update dah ni. kakaka

Assalamualaikum.

Cerita dia.. ada orang suruh gua update blog ni. Tapi gua tak tau nak update mende. Eh. Dia ingat gua dah takde kerja lain agaknya selain ngadap blog ni je. Gua banyak kerja kot. Mana nak layan movie lagi, buat kerja sia sia dekat laman sosial, tidur, makan. Eh banyak lah kerja gua yang gua kena settle. Ni pun ada episode yang gua belum cover lagi untuk movie terbaru gua layan ni. Cerita mende engkorang tak payah tau lah, ye dak. Sibuk sangat nak tahu pasal apa gua buat. Gua tahu lah gua ni power. Kakakaka

Dah lah. Bai 

Thursday, January 1, 2015

2015

Assalamualaikum..

Selamat tahun baru gua ucapkan kat ngkorang semua. 

Gua tengah makan makan kat kedai ni. Orang belanja. Walaupun baru 3 jam lepas gua dah selamat bantai kuey tiaw goreng sama rojak buah dengan teh o panas, tapi sebab rezeki murah malam ni, maka gua sambung lah acara makan makan nasi putih+tomyam+daging masak merah+kailan ikan masin+telur dadar sambil ditemani tembakan padu bunga api ke langit.

Yang gua tak faham, kenapa setiap kali perayaan mesti ada bunga api? Kenapa tak tengok bunga raya je? Tak patriotik betei ngkorang ni. 

Gua syak jiran tetangga gua tengah seronok bakar mercun kat rumah. Ngkorang apa tahu. Diorang tu lepas krismas pun bakar mercun. Cilaka betei. 

Jadi.. azam tahun baru gua... gua nak cuba tunaikan azam gua tahun lepas. Gua lupa sebenarnya. Tapi takpe. Kejak lagi gua baca balik semula apa azam gua. 

Okey lah. Gua rasa hambar sikit hari ni. Mungkin sebab gua tengah rindu kat cinta hati. Kakakakaka