I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 9, 2015

takde tajuk

Assalamualaikum..

lepas gua usha balik entry-entry lama blog gua, gua rasa nak menangis. Allahu. lama sungguh gua tak update. macam biasa lah. gua ni banyak komitmen. hidup gua bukan habis dekat alam maya je. gua pun ada life. bukan macam engkorang. kakaka

okay lah. gua nak sambung life gua. by the way, hari ahad ni (13/12/15) gua ada kenduri kendarat dekat damansara. kalau nak jumpa jemput lah datang walaupun tu bukan majlis gua. gua pengapit je. engkorang buat muka tak malu je nanti, okay? 

okbai.

Thursday, March 26, 2015

Tolong la jawab soalan gua ni

Assalamualaikum..

Harini gua serabut sikit. Entah lah.  Susah gua nak cerita sebenarnya. Sebab tu la gua tulis. Gua serabut ni,serius gua serabut.  

Dalam hidup ni, kita memang akan lalui masa masa yang macam ni.  Hidup gua sekarang ni penuh dengan warna. Macam macam kaler ada. Kaler yang gua tak pernah tahu kewujudan dia pun ada. Gua tengah cari jalan macam mana gua nak rasional dengan apa yang berlaku dalam hidup gua sekarang ni.  

Sebenarnya lagi sekali...  Gua tetiba takde idea nak update apa. Engkorang nampak kan betapa serabutnya otak gua sampai nak update pun tetiba gua ketandusan idea. Walaupun gua ni bukan lah power sampai ada idea yang mencurah-curah,  tapi harini memang loser betul. 

Gua serabut.  Gua sedih.  Gua nak tanya ni, perlu ke gua suarakan apa yang ada dalam hati gua sekarang ni'? Perlu ke? Engkorang rasa, dengan memuaskan nafsu soalan gua, mampu ke gua kembali tenang?  Hm. 

Thursday, March 5, 2015

Hm

Assalamualaikum..

Yo. Apa khabar engkorang semua? Gua harap sihat lah ye. Tujuan gua menulis hari ni adalah sebab gua dah lama tak menulis. Tapi kalau takde tujuan pun engkorang peduli apa, ye dak?

Sebenarnya gua tengah sedih ni. Entah lah. Gua rasa kosong sikit. Mungkin faktor usia yang semakin meningkat yang membuatkan gua rasa macam ni. Sebenarnya untuk kali kedua, gua rindu. Gua rindu kat tiga malaon yang menggamatkan hidup gua dengan macam macam perangai. Sahabat gua masa kekecik dulu. Zaman sekolah kira zaman kekecik lah, ye dak? 

Gua rasa.. macam kurang dah masa kitorang bersama. Mungkin sebab dah dewasa, masing masing ada komitmen tersendiri. Sibuk dengan hal sendiri. Takpe. Gua faham. 

Gua ni memang kaki emosi. Sebab gua bukan jenis yang easily attached. Tapi bila dah terattached, gua jadi overly attached. Tapi cerita dia, gua ni egois. Saje tak nak tunjuk rapuh. 

Dah lah. Gua nak pergi menangis kejak. Engkorang bukan faham apa yang gua rasa. Bai.

Saturday, January 17, 2015

ngkorang tak faham

Assalamualaikum..

Gua tengah pening ni. Gua serabut. Gua punya serabut ni sampai tahap gua rasa nak pi minum cuka. Gua rasa nak kasi sepakan padu ke anjing rumah sebelah. Gua rasa nak jalan kat tepi jalan sambil sepak semua sampah yang ada sambil tangan gua masuk dalam kocek seluar. Gua rasa nak pi lepaskan semua kuda kambing lembu yang ada kat tempat gua ni sambil gelak kuat kuat. Gua serabut ni gua serabut ! Ngkorang tak faham.

Gua dah mati akal ni. Jangan sampai gua pi google "cara cara memujuk homo sapien" pulak. Grr

ni gua update dah ni. kakaka

Assalamualaikum.

Cerita dia.. ada orang suruh gua update blog ni. Tapi gua tak tau nak update mende. Eh. Dia ingat gua dah takde kerja lain agaknya selain ngadap blog ni je. Gua banyak kerja kot. Mana nak layan movie lagi, buat kerja sia sia dekat laman sosial, tidur, makan. Eh banyak lah kerja gua yang gua kena settle. Ni pun ada episode yang gua belum cover lagi untuk movie terbaru gua layan ni. Cerita mende engkorang tak payah tau lah, ye dak. Sibuk sangat nak tahu pasal apa gua buat. Gua tahu lah gua ni power. Kakakaka

Dah lah. Bai 

Thursday, January 1, 2015

2015

Assalamualaikum..

Selamat tahun baru gua ucapkan kat ngkorang semua. 

Gua tengah makan makan kat kedai ni. Orang belanja. Walaupun baru 3 jam lepas gua dah selamat bantai kuey tiaw goreng sama rojak buah dengan teh o panas, tapi sebab rezeki murah malam ni, maka gua sambung lah acara makan makan nasi putih+tomyam+daging masak merah+kailan ikan masin+telur dadar sambil ditemani tembakan padu bunga api ke langit.

Yang gua tak faham, kenapa setiap kali perayaan mesti ada bunga api? Kenapa tak tengok bunga raya je? Tak patriotik betei ngkorang ni. 

Gua syak jiran tetangga gua tengah seronok bakar mercun kat rumah. Ngkorang apa tahu. Diorang tu lepas krismas pun bakar mercun. Cilaka betei. 

Jadi.. azam tahun baru gua... gua nak cuba tunaikan azam gua tahun lepas. Gua lupa sebenarnya. Tapi takpe. Kejak lagi gua baca balik semula apa azam gua. 

Okey lah. Gua rasa hambar sikit hari ni. Mungkin sebab gua tengah rindu kat cinta hati. Kakakakaka