I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 13, 2014

balik lah....

Assalamualaikum...

Apasal takde orang update blog ni? Ngkorang bertapa kat gua mana lama sangat ni? Sudah la bertapa tu. Balik la ke dunia maya ni. Gua kesunyian ni. Nak kata gua rindu, gua ni ego lebih sikit. 

Update la sepatah dua kata untuk pengubat hati gua. Apa ngkorang ingat gua ni kental sangat ke nak baca entry lama je?

Friday, October 10, 2014

kehadapan awak..

Assalamualaikum awak..

Kehadapan awak yang sentiasa dirindui.. kekiri awak yang dicintai.. kekanan awak yang disayangi.. kebelakang awak yang dikagumi..

Apa khabar? Saya tahu awak baik baik sahaja memandangkan takde pula sesiapa yang memberi khabar buruk berkaitan awak. 

Awak..

Saya menulis untuk awak sekali lagi. Eh. Haritu punya surat untuk orang lain, kali ni untuk orang lain. Maaf lah ye awak. Saya bukan lah seorang yang setia. Kakaka.

Sebenarnya tujuan saya menulis surat ini, takde tujuan pun. Hanya untuk menyatakan rindu saya pada awak. Real juga rasanya bila sedang merindu ni ye awak. Lebih lebih lagi untuk orang hebat macam saya, jarang benar saya rindu merindu ni. Nak luah ke awak apatah lagi. Memang mereput lah awak dengan penantian kata kata tu. Itu pun kalau awak nanti lah. 

Awak..


Saya harap awak jaga diri. Saya tahu mata awak sering melior melihat indahnya ciptaan tuhan. Saya tahu. Tapi saya tak mampu nak halang. Saya sedar diri saya siapa, awak. Saya bukan lah kekasih hati awak. Bahkan kekasih kaki, kekasih tangan, kekasih perut buncit awak juga bukan. Saya tahu tu. Jadi.. saya hanya mampu berdoa dalam diam, agar awak menjadi milik saya di penghujungnya. 

Mungkin awak lihat ini sebagai satu coretan sampah yang selayaknya awak campak ke tong sampah, tapi ketahui lah awak, bahawasanya saya sangat serius dengan penulisan saya. Walaupun kadang-kadang mengarut,mencarut dan lain lain rut lagi, tapi saya benar benar serius.

Sekian sahaja tulisan saya untuk kali ini. Harapan saya semoga awak sentiasa dalam lindungan Tuhan yang Esa.

Kura kura dalam perahu, labi labi dalam tasik, sekian terima kasih.

Thursday, October 9, 2014

move on

Assalamualaikum..

Sejak semenjak menjak ni, aku rasa dah tak boleh nak masuk dengan lagu dalam playlist aku. Dah tak boleh nak layan band band jenis headbanging pecah speaker pecah suara tapi bukan pecah dara ni. 

Aku rasa.. jiwa aku dah makin tenang kot. Jadi dah tak boleh nak hadam genre lagu yang macam ni. Entah lah. Sesekali mungkin boleh. Tapi kalau banyak kali nak ulang ulang macam dulu tu, cukup 3 kali kepala aku pecah. Bila dah pecah tak dapat la aku nak berfikir dengan waras. Bila tak dapat berfikir maka macam mana aku nak jadi belia yang berjaya? Gua rasa berwawasan betul bila tulis beria-ia sangat ni.

Untuk ngkorang yang tegar dengan band macam ni, aku ucapkan selamat mendengar. Aku nak move on dah. Aku layan instrument je sekarang ni. Walaupun memang dah layan dari dulu. Tapi kali ni layan lebih sikit. Tenang betul rasa hidup ni. Kahkahkah