I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, September 19, 2014

surat untuk awak

Assalamualaikum..

Buat awak yang jauh disana, semoga awak sihat hendaknya.

Semalam saya ternampak awak main lari lari nak naik tangga. Sambil bergelak ketawa. Amboi. Bahagia betul awak naik tangga ye? 

Dah lama saya tak nampak awak. Apatah lagi senyuman awak. Bila saya ternampak semalam, saya terasa bagai disyurga. Amboi. Indah betul senyuman awak ni. Sehinggakan saya terupdate dekat twitter dan menyebabkan kekeliruan dimata si tahi twitter.

Awak..

Sudilah kiranya awak tahu bahawasanya saya tengah crush dekat awak sejak kita sama sama dizaman muda remaja lagi. Dan tahukah awak, orang kata kalau crush lebih tiga bulan itu tandanya sudah jatuh cinta? Akan tetapi... saya cuma crush ke awak bila saya nampak awak je. Bila saya tak nampak saya terlupa pasal awak. Mungkin daya tarikan magnet awak masih belum kuat dalam ingatan saya. Cilaka juga rasanya bila menulis surat maya ni ye awak. Tapi demi awak, saya gagahkan.

Awak...

Saya harap nanti awak pandang lah saya. Walapun memang selalu saya lalu sebelah awak kita berbalas senyum, tapi saya harap awak pandang lah ye? Awak jangan nak pertikaikan tunggang langgangnya ayat saya pula, saya saje tak nak tunjuk power. Takut nanti awak terkejut pula. 

Apa-apa pun, saya harap awak sentiasa menghiasi bibir awak dengan senyuman untuk saya. Banyak pula harapan saya ni. Tapi saya peduli apa. Lagipun ini surat saya. Sukahati saya la nak tulis apa, ye dak?

Lastly, i hope i can see your smile until when when.

Pecah kaca pecah gelas, saya tahu awak memang takkan baca jadi saya faham la kalau awak tak balas.

apa tajuk guwa nak kasi ni. konfesyen? macam cilaka je.

Assalamualaikum..

Weh, guwa suka kat lu. Lu suka kat guwa tak? 

Kalau lu suka kat guwa, guwa harap lu ghenti kan la tarik tali ni. Tangan guwa dah sakit. Apa lu ingat guwa ni power ke main tarik tali? 

Kalau lu tak suka kat guwa, guwa harap lu pun ghenti kan jugak apa yang lu buat sekarang ni. Lu ingat guwa ni tak reti terluka ke?

Guwa bukan apa. Cuma tak nak masa muda guwa jadi sia sia. Guwa ni tak reti nak bercinta. Kalau lu nak guwa, lu datang je rumah guwa. Nanti guwa kasi alamat. Takde hal punya. Mak guwa sporting. Lu jangan risau. Lu sembang elok elok tackle tackle sikit jangan buat perangai puaka lu, confirm mak guwa dari hati batu jadi hati jambu.

Guwa tak nak harap apa apa tapi guwa kalau boleh nak berharap jugak lah yang lu berhenti dan terus terang terus ke guwa. Guwa pening ni dengan perangai lu. Apa lu ingat guwa ni magician ke boleh baca hati lu? Kalau lu ingat macam tu, lu bangang. Astaghfirullah. Tercakap bangang pulak. Maaf la. Guwa emo sikit ni.

Dah lah. Guwa tak stalk lu lagi malam ni. Kasi guwa stalk lu punya social network kejak. Bai


P/s  ni konfesyen ni woi. Ingat senang aku nak konfes depan depan ? Memang pergi mereput la. Kahkahkah 

Sunday, September 7, 2014

calar

Assalamualaikum..

Baru baru ni muka guwa ada kesan calar yang ketara dekat atas mulut tepi hidung. Guwa tak tahu mana datang calar ni. Mungkin effect guwa mimpi pelik pelik yang membuatkan guwa mencalarkan muka tanpa sedar seperti mana hati guwa turut tercalar. Entah ler.

Nak dijadikan cerita, semalam guwa balik kampung. Ada kenduri kahwin cousin guwa. Masa tengah makan guwa perasan adik sedara guwa perati je guwa makan. Guwa tahu yang guwa ni gojes, tapi guwa tak sangka yang dia akan perati je sampai guwa rasa kemalu-maluan. 

" tu kenapa calar kat muka tu?"

" ngko budak kecik apa tau. Ni baru sikit, nanti aku tambah lagi parut kat sini (sambil tunjuk bawah mata kiri ) macam luffy," 

Tiba tiba datang abang sedara guwa pulak bukak mulut..

"Dak yan ni lagi ganas. Dah la pakai baju kurung askar. Pakai selipar jamban warna merah. Dengan muka bercalar dah macam gangster." Kata kata dia mengundang tawa seluruh ahli meja makan ketika itu. Harmoni sungguh keadaan tengah hari semalam. Guwa rasa bagai di syurga.

Apa dia ingat guwa tak reti kecik hati agaknya. 


Saturday, September 6, 2014

Ego

Assalamualaikum..

Guwa ada perasan yang guwa ni tak konsisten bila update entry. Kenkadang guwa jadi budak nerd. Kenkadang guwa jadi comel. Kenkadang guwa rasa nak tumbuk semua orang. Tu lah yang guwa tak faham dengan diri guwa. Guwa syak guwa ada penyakit split personality. Tapi kali ni guwa nak acah acah jadi yakuza. 

Tu pendahuluan je.

Guwa baru dapat tahu yang kawan guwa ada operation. Appendix. Dan dia dah keluar icu dah. Sekarang baru masuk wad biasa. Apa yang guwa terkilan, dia tak kasitau guwa pun dia nak kena operate. Guwa sedih lah. Apa dia ingat guwa tak  reti kecik hati ke? Bukan apa, guwa terkilan guwa tak dapat nak kasi semangat kat dia sebelum operate tu. Setakat dapat bahan gelak lepas operate, apa lah sangat ye dak? Guwa nak bahan pun jadi tak syok. Tu yang guwa sedih tu. 

Apa pun, guwa harap lu cepat sihat lah. Lu tahu kan guwa ni memang hati kering. Nak tunjuk yang guwa concern kat lu nanti hilang pulak ke-macho-an guwa. Lagipun lu operate appendix je. Nanti dah kentut sihat ler tu. 

Cepat sihat ar bro. Lu jangan tangguh cuti lama sangat. Guwa rindu dah nak lepak and sambung vac kita ni. 

Guwa tahu lu takkan tahu kewujudan entry ni. Tapi guwa peduli apa. Guwa nak tulis jugak. Nak kasitau depan depan guwa rasa pelik pulak. Guwa update sini je lah. Kah!

Wednesday, September 3, 2014

superheroes

Assalamualaikum..


When you've been fighting for it all your life
You've been struggling to make things right
That’s how a superhero learns to fly
Every day, every hour
Turn the pain into power

When you've been fighting for it all your life
You've been working every day and night
That’s how a superhero learns to fly
Every day, every hour
Turn the pain into power

Every difficulties, that you've been through, will make you stronger. Much stronger than before.

All the hurt, all the lies
All the tears that they cry
When the moment is just right
You see fire in their eyes
'Cause he’s stronger than you know
A heart of steel starts to grow

Things that hurts you, that force you to give up, that brings you down on your knees, crying desperately for a way out, if you can survive it well, nothing else can put you down after. Even come hell or high water, you'll survive no matter what.


She's got lions in her heart
A fire in her soul
He's a got a beast in his belly
That's so hard to control
'Cause they've taken too much hits
Taking blow by blow
Now light a match, stand back, watch them explode

Because things that won't kills you, will make you stronger. And people who keep on push you to the ground, you'll make them as a stepping stone to fly high.

****

Lyrics from Superheroes by The Script. 

*****

This song somehow reminds me all the difficulties that people has put you through is only to make you a better person in the future. 
You have an option on how to settle up your obstacles in life whether you want to run from it or face it. 
And the choice you'll make will definitely define your very own future.

Calamity will come untill you stop breathing. But how you face it, will absolutely make a different story.

-- i just take a few parts from the lyrics and make my very own interpretation based on it. From my very own views. From how i feel when it comes out on my playlist. Lulz