I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 19, 2014

buat engkau yang putus asa dengan Tuhan kerana cinta

Cinta itu ujian.
Ujian yang payah untuk manusia harung.
Cinta mampu buat engkau jatuh terjelopok.
Cinta mampu buat engkau patah sayap kiri kanan.
Cinta mampu buat engkau hilang akal hilang pedoman.

Salah Tuhan kah jika Dia memberi rasa?

Engkau yang mudah memberi hati.
Engkau yang mudah menyemai rasa.

Dan kau salahkan semuanya kepada yang mencipta rasa? Lalu kau katakan Dia yang kejam kerana mencipta rasa namun tidak dia ciptakan cinta untukmu?

Hanya kerana cinta yang engkau harapkan masih belum tiba, kau sanggup berpaling dari Tuhan dan berputus asa dari rahmatNya?

Hanya kerana cinta?

Bukankah sejak engkau dilahirkan lagi Tuhan sudah memberikan mu cinta?
Sejak didalam kandungan lagi Tuhan sudah menyemai cintaNya terhadapmu?

Cinta ibu bapa terhadap engkau. Yang sanggup membesarkan engkau sehingga mampu berfikir dengan matang. Sehingga mampu berlari berdiri atas kaki sendiri?

Kawan, sahabat, teman, keluarga yang mencintai engkau. Masih tidak cukup?

Oh. Engkau manusia biasa. Manusia yang memang asalnya mempunyai sifat tamak dalam diri. Itu lah manusia. Tamak.

Hilangkan rasa tamak dalam diri engkau. Nanti engkau akan faham dengan aturan Tuhan.

Aturan Tuhan itu, cantik belaka. Syaratnya engkau kena sabar dan redha.


P to the s - jangan sebab kau putus asa dengan cinta manusia, kau salahkan Tuhan yang mencipta cinta. Panjangkan sedikit akal. Kalau benar kau percaya jodoh itu ditangan Tuhan, kau sendiri boleh fikir, kan?

Friday, August 15, 2014

terbang tunduk

Bertahanlah, wahai raksa, 
jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa,
 ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?

Getir yang menghalang
 tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati


Terbang tunduk by Fynn Jamal

Thursday, August 14, 2014

Hai ?

Assalamualaikum..

Hari ni dah kecoh pasal result untuk budak deg dah keluar. Actually semalam lagi dah kecoh. Scroll timeline, macam biasa lah kan, penuh dengan update student yang baru lepas dapat result. Dan kebanyakannya yang berjaya cemerlang lah. Eleh. Kalau dah tunjuk syukur kat twitter tu, tahu lah cemerlang tu.

Aku? Macam biasa. Tak tengok pun lagi. Entah kenapa, rasa takut melampau. Sebab sem lepas teruk sangat kot? Guwa nekad dah ni, nanti nak register subjek sem depan baru guwa check. 

Untuk preparation, guwa dok belek2 ayat motivasi je ni. Penuhkan otak dengan cas cas positif. Siapa lagi yang boleh tenangkan diri sendiri kalau bukan diri sendiri, ye dak?

Apa yang selalu guwa ingatkan kat diri guwa, rezeki ada kat mana mana. Datang dengan macam macam cara. Mungkin kalau rezeki guwa bukan dapat anc ke cemerlang dalam pelajaran, mungkin Tuhan bagi guwa cemerlang masa kerja nanti. Takpun cemerlang dengan benda lain. Guwa akui lah, lepas spm memang huru hara guwa punya study ni. Berapa kali dah guwa dok patah hati pasal study ni. Putus asa jangan cakap. Memang setiap kali dapat result guwa rasa putus asa. 

Tapi takpe. Sebab guwa dah kebal. Apa apa pun halangan dan rintangan serta dugaan inshaAllah guwa dapat tempuh. Guwa tahu Tuhan tu Maha Baik. Guwa dah usaha. Dah tawakal. Kali ni guwa redha. Takde kat sini, ada lah tu kat mana mana. Mungkin guwa je belum jumpa. Takpe. Kasi guwa sabar dulu.

Tu pendahuluan je. Cilaka panjang pulak pendahuluan sampai berperenggan. 

Pada guwa, result ni kertas je. GPA, CGPA tu semua mainan je. Tak menentukan siapa lu orang nanti. So, untuk yang patah hati tu, guwa mampu cakap, sabar je okey? Guwa paham.

Apa yang guwa perhati, manusia ni jarang bersyukur. Yang dah lulus, mengeluh kenapa tak dapat A. Yang dapat A, mengeluh nak dekan. Yang dah dekan, nak anc. Korang bersyukur kejap. At least yang lulus tu tak gagal. Apa lu orang  ingat yang failed tu tak reti kecik hati ke? Yang failed pulak, bersyukur jugak. Sebab apa? Sebab lu orang dapat peluang sambung belajar masuk u kerek kerek jadi budak degree. Lu ingat takde orang jeles ke lu orang dapat masuk u sambil habiskan duit pt yang gomen bagi? 

Jadi..sebelum mengeluh lu orang tengok2 dulu orang kiri kanan, takde orang baru mengeluh. Mengeluh sekali nafas je cukup lah. Jangan lah mengeluh macam hidup lu orang di langgar garuda pula. Nikmat Tuhan kita bagi, kan banyak. Kenapa nak mengeluh cuma sebab ink atas kertas, ye dak?

Guwa tahu lu orang mesti kerek kata 'cakap senang lah,'. Guwa tahu. Sebab guwa pun rasa payah. Takpe. Macam guwa cakap tadi lah, kita sabar kejap. Nanti ada lah rezeki kita. Sekarang ni lu orang kalau baca blog guwa ni pun kira rezeki lah ni. Kehkehkeh

Panjang pulak guwa membebel pepetang hari ni. Dah lah. Guwa tahu lu orang bosan. Tapi guwa peduli apa. Kah

Kbai.



P curi jawapan S - guwa tak cari lagi tempat praktikal ni. Siapa nak kasi guwa praktikal whatsapp guwa kejap.