I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 10, 2014

kehadapan awak..

Assalamualaikum awak..

Kehadapan awak yang sentiasa dirindui.. kekiri awak yang dicintai.. kekanan awak yang disayangi.. kebelakang awak yang dikagumi..

Apa khabar? Saya tahu awak baik baik sahaja memandangkan takde pula sesiapa yang memberi khabar buruk berkaitan awak. 

Awak..

Saya menulis untuk awak sekali lagi. Eh. Haritu punya surat untuk orang lain, kali ni untuk orang lain. Maaf lah ye awak. Saya bukan lah seorang yang setia. Kakaka.

Sebenarnya tujuan saya menulis surat ini, takde tujuan pun. Hanya untuk menyatakan rindu saya pada awak. Real juga rasanya bila sedang merindu ni ye awak. Lebih lebih lagi untuk orang hebat macam saya, jarang benar saya rindu merindu ni. Nak luah ke awak apatah lagi. Memang mereput lah awak dengan penantian kata kata tu. Itu pun kalau awak nanti lah. 

Awak..


Saya harap awak jaga diri. Saya tahu mata awak sering melior melihat indahnya ciptaan tuhan. Saya tahu. Tapi saya tak mampu nak halang. Saya sedar diri saya siapa, awak. Saya bukan lah kekasih hati awak. Bahkan kekasih kaki, kekasih tangan, kekasih perut buncit awak juga bukan. Saya tahu tu. Jadi.. saya hanya mampu berdoa dalam diam, agar awak menjadi milik saya di penghujungnya. 

Mungkin awak lihat ini sebagai satu coretan sampah yang selayaknya awak campak ke tong sampah, tapi ketahui lah awak, bahawasanya saya sangat serius dengan penulisan saya. Walaupun kadang-kadang mengarut,mencarut dan lain lain rut lagi, tapi saya benar benar serius.

Sekian sahaja tulisan saya untuk kali ini. Harapan saya semoga awak sentiasa dalam lindungan Tuhan yang Esa.

Kura kura dalam perahu, labi labi dalam tasik, sekian terima kasih.

Thursday, October 9, 2014

move on

Assalamualaikum..

Sejak semenjak menjak ni, aku rasa dah tak boleh nak masuk dengan lagu dalam playlist aku. Dah tak boleh nak layan band band jenis headbanging pecah speaker pecah suara tapi bukan pecah dara ni. 

Aku rasa.. jiwa aku dah makin tenang kot. Jadi dah tak boleh nak hadam genre lagu yang macam ni. Entah lah. Sesekali mungkin boleh. Tapi kalau banyak kali nak ulang ulang macam dulu tu, cukup 3 kali kepala aku pecah. Bila dah pecah tak dapat la aku nak berfikir dengan waras. Bila tak dapat berfikir maka macam mana aku nak jadi belia yang berjaya? Gua rasa berwawasan betul bila tulis beria-ia sangat ni.

Untuk ngkorang yang tegar dengan band macam ni, aku ucapkan selamat mendengar. Aku nak move on dah. Aku layan instrument je sekarang ni. Walaupun memang dah layan dari dulu. Tapi kali ni layan lebih sikit. Tenang betul rasa hidup ni. Kahkahkah

Friday, September 19, 2014

surat untuk awak

Assalamualaikum..

Buat awak yang jauh disana, semoga awak sihat hendaknya.

Semalam saya ternampak awak main lari lari nak naik tangga. Sambil bergelak ketawa. Amboi. Bahagia betul awak naik tangga ye? 

Dah lama saya tak nampak awak. Apatah lagi senyuman awak. Bila saya ternampak semalam, saya terasa bagai disyurga. Amboi. Indah betul senyuman awak ni. Sehinggakan saya terupdate dekat twitter dan menyebabkan kekeliruan dimata si tahi twitter.

Awak..

Sudilah kiranya awak tahu bahawasanya saya tengah crush dekat awak sejak kita sama sama dizaman muda remaja lagi. Dan tahukah awak, orang kata kalau crush lebih tiga bulan itu tandanya sudah jatuh cinta? Akan tetapi... saya cuma crush ke awak bila saya nampak awak je. Bila saya tak nampak saya terlupa pasal awak. Mungkin daya tarikan magnet awak masih belum kuat dalam ingatan saya. Cilaka juga rasanya bila menulis surat maya ni ye awak. Tapi demi awak, saya gagahkan.

Awak...

Saya harap nanti awak pandang lah saya. Walapun memang selalu saya lalu sebelah awak kita berbalas senyum, tapi saya harap awak pandang lah ye? Awak jangan nak pertikaikan tunggang langgangnya ayat saya pula, saya saje tak nak tunjuk power. Takut nanti awak terkejut pula. 

Apa-apa pun, saya harap awak sentiasa menghiasi bibir awak dengan senyuman untuk saya. Banyak pula harapan saya ni. Tapi saya peduli apa. Lagipun ini surat saya. Sukahati saya la nak tulis apa, ye dak?

Lastly, i hope i can see your smile until when when.

Pecah kaca pecah gelas, saya tahu awak memang takkan baca jadi saya faham la kalau awak tak balas.

Wednesday, September 3, 2014

superheroes

Assalamualaikum..


When you've been fighting for it all your life
You've been struggling to make things right
That’s how a superhero learns to fly
Every day, every hour
Turn the pain into power

When you've been fighting for it all your life
You've been working every day and night
That’s how a superhero learns to fly
Every day, every hour
Turn the pain into power

Every difficulties, that you've been through, will make you stronger. Much stronger than before.

All the hurt, all the lies
All the tears that they cry
When the moment is just right
You see fire in their eyes
'Cause he’s stronger than you know
A heart of steel starts to grow

Things that hurts you, that force you to give up, that brings you down on your knees, crying desperately for a way out, if you can survive it well, nothing else can put you down after. Even come hell or high water, you'll survive no matter what.


She's got lions in her heart
A fire in her soul
He's a got a beast in his belly
That's so hard to control
'Cause they've taken too much hits
Taking blow by blow
Now light a match, stand back, watch them explode

Because things that won't kills you, will make you stronger. And people who keep on push you to the ground, you'll make them as a stepping stone to fly high.

****

Lyrics from Superheroes by The Script. 

*****

This song somehow reminds me all the difficulties that people has put you through is only to make you a better person in the future. 
You have an option on how to settle up your obstacles in life whether you want to run from it or face it. 
And the choice you'll make will definitely define your very own future.

Calamity will come untill you stop breathing. But how you face it, will absolutely make a different story.

-- i just take a few parts from the lyrics and make my very own interpretation based on it. From my very own views. From how i feel when it comes out on my playlist. Lulz

Tuesday, August 19, 2014

buat engkau yang putus asa dengan Tuhan kerana cinta

Cinta itu ujian.
Ujian yang payah untuk manusia harung.
Cinta mampu buat engkau jatuh terjelopok.
Cinta mampu buat engkau patah sayap kiri kanan.
Cinta mampu buat engkau hilang akal hilang pedoman.

Salah Tuhan kah jika Dia memberi rasa?

Engkau yang mudah memberi hati.
Engkau yang mudah menyemai rasa.

Dan kau salahkan semuanya kepada yang mencipta rasa? Lalu kau katakan Dia yang kejam kerana mencipta rasa namun tidak dia ciptakan cinta untukmu?

Hanya kerana cinta yang engkau harapkan masih belum tiba, kau sanggup berpaling dari Tuhan dan berputus asa dari rahmatNya?

Hanya kerana cinta?

Bukankah sejak engkau dilahirkan lagi Tuhan sudah memberikan mu cinta?
Sejak didalam kandungan lagi Tuhan sudah menyemai cintaNya terhadapmu?

Cinta ibu bapa terhadap engkau. Yang sanggup membesarkan engkau sehingga mampu berfikir dengan matang. Sehingga mampu berlari berdiri atas kaki sendiri?

Kawan, sahabat, teman, keluarga yang mencintai engkau. Masih tidak cukup?

Oh. Engkau manusia biasa. Manusia yang memang asalnya mempunyai sifat tamak dalam diri. Itu lah manusia. Tamak.

Hilangkan rasa tamak dalam diri engkau. Nanti engkau akan faham dengan aturan Tuhan.

Aturan Tuhan itu, cantik belaka. Syaratnya engkau kena sabar dan redha.


P to the s - jangan sebab kau putus asa dengan cinta manusia, kau salahkan Tuhan yang mencipta cinta. Panjangkan sedikit akal. Kalau benar kau percaya jodoh itu ditangan Tuhan, kau sendiri boleh fikir, kan?

Friday, August 15, 2014

terbang tunduk

Bertahanlah, wahai raksa, 
jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa,
 ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?

Getir yang menghalang
 tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati


Terbang tunduk by Fynn Jamal

Thursday, August 14, 2014

Hai ?

Assalamualaikum..

Hari ni dah kecoh pasal result untuk budak deg dah keluar. Actually semalam lagi dah kecoh. Scroll timeline, macam biasa lah kan, penuh dengan update student yang baru lepas dapat result. Dan kebanyakannya yang berjaya cemerlang lah. Eleh. Kalau dah tunjuk syukur kat twitter tu, tahu lah cemerlang tu.

Aku? Macam biasa. Tak tengok pun lagi. Entah kenapa, rasa takut melampau. Sebab sem lepas teruk sangat kot? Guwa nekad dah ni, nanti nak register subjek sem depan baru guwa check. 

Untuk preparation, guwa dok belek2 ayat motivasi je ni. Penuhkan otak dengan cas cas positif. Siapa lagi yang boleh tenangkan diri sendiri kalau bukan diri sendiri, ye dak?

Apa yang selalu guwa ingatkan kat diri guwa, rezeki ada kat mana mana. Datang dengan macam macam cara. Mungkin kalau rezeki guwa bukan dapat anc ke cemerlang dalam pelajaran, mungkin Tuhan bagi guwa cemerlang masa kerja nanti. Takpun cemerlang dengan benda lain. Guwa akui lah, lepas spm memang huru hara guwa punya study ni. Berapa kali dah guwa dok patah hati pasal study ni. Putus asa jangan cakap. Memang setiap kali dapat result guwa rasa putus asa. 

Tapi takpe. Sebab guwa dah kebal. Apa apa pun halangan dan rintangan serta dugaan inshaAllah guwa dapat tempuh. Guwa tahu Tuhan tu Maha Baik. Guwa dah usaha. Dah tawakal. Kali ni guwa redha. Takde kat sini, ada lah tu kat mana mana. Mungkin guwa je belum jumpa. Takpe. Kasi guwa sabar dulu.

Tu pendahuluan je. Cilaka panjang pulak pendahuluan sampai berperenggan. 

Pada guwa, result ni kertas je. GPA, CGPA tu semua mainan je. Tak menentukan siapa lu orang nanti. So, untuk yang patah hati tu, guwa mampu cakap, sabar je okey? Guwa paham.

Apa yang guwa perhati, manusia ni jarang bersyukur. Yang dah lulus, mengeluh kenapa tak dapat A. Yang dapat A, mengeluh nak dekan. Yang dah dekan, nak anc. Korang bersyukur kejap. At least yang lulus tu tak gagal. Apa lu orang  ingat yang failed tu tak reti kecik hati ke? Yang failed pulak, bersyukur jugak. Sebab apa? Sebab lu orang dapat peluang sambung belajar masuk u kerek kerek jadi budak degree. Lu ingat takde orang jeles ke lu orang dapat masuk u sambil habiskan duit pt yang gomen bagi? 

Jadi..sebelum mengeluh lu orang tengok2 dulu orang kiri kanan, takde orang baru mengeluh. Mengeluh sekali nafas je cukup lah. Jangan lah mengeluh macam hidup lu orang di langgar garuda pula. Nikmat Tuhan kita bagi, kan banyak. Kenapa nak mengeluh cuma sebab ink atas kertas, ye dak?

Guwa tahu lu orang mesti kerek kata 'cakap senang lah,'. Guwa tahu. Sebab guwa pun rasa payah. Takpe. Macam guwa cakap tadi lah, kita sabar kejap. Nanti ada lah rezeki kita. Sekarang ni lu orang kalau baca blog guwa ni pun kira rezeki lah ni. Kehkehkeh

Panjang pulak guwa membebel pepetang hari ni. Dah lah. Guwa tahu lu orang bosan. Tapi guwa peduli apa. Kah

Kbai.



P curi jawapan S - guwa tak cari lagi tempat praktikal ni. Siapa nak kasi guwa praktikal whatsapp guwa kejap. 

Tuesday, July 22, 2014

pendek

Assalamualaikum...

Hello evelibodi.. long time no see.. lalala

Selamat berpuasa semua. Rasanya macam takde wish lagi untuk tahun ni. Lulz.

Sahabat bloggers sekalian, mohon doakan saudara islam kita dekat sana, kay? Palestin, gaza, syria, etc etc. 

Tak susah kan? Lepas solat, selit selit lah doa untuk mereka. Kita ni nak tolong angkat senapang m16 ke apa apa m ke kat sana tak mampu.. jadi.. angkat doa pun cukup lah kan? Takkan nak berkira pulak, ye dak? Bukan orang lain. Saudara sendiri kan. Lebih lebih lagi bulan penuh barakah ni. :)

Ouh. Juga untuk pesawat mh17 & mh370. Serta mereka yg dekat sabah sana tu. Doakan mereka juga. 

Macam mana nak kasi ending untuk entry kali ni lah. Dah lama benor ha tak menulis kembali noob dah rasanya ni. Lulz. Okey lah. Bai.




P to the s - laptop rosak. Update pakai henset je ni. Next time laptop dah okey aku ingat nak mengarut pepanjang sikit kat sini. :3

Monday, June 23, 2014

Selamat Ulang Tahun Sahabat :)

assalamualaikum..

hampir enam tahun jodoh kita. hampir enam tahun kita bersama. tak dekat. tak juga terlalu jauh. tak selalu berhubung. tapi sentiasa ada. 

untuk sahabat yang satu itu, selamat ulang tahun yang ke-22. :)

mungkin nampak klise, tapi, ucapan aku, semoga kau panjang umur, dimurahkan rezeki, semoga cepat tinggi, dan selalu dalam lindungan Allah. 

harapnya.. jodoh kita nanti sampai syurga. 

love,
me.


p/s malas ah nak mention. kau tahu kau siapa kan? :P

p/ss nak post semalam. Tapi internet problem. So post ni dah tak sefresh semalam. Lol






Monday, January 13, 2014

because i miss you


The same sky like always, the same ordinary day
The only difference is that you're not here
I want to smile, pretending to have forgotten everything
Pretending it's nothing
I want to live smiling

Because I miss you, because I miss you
Everyday I keep calling you alone
Because I miss you, because I miss you
Now I keep calling your name like a habit
Again today

I thought I sent you away without any regrets
No, no, I couldn't send you away yet
Because I miss you, because I miss you
Everyday I keep calling you alone
Because I miss you, because I miss you
Now I keep calling your name like a habit
Again today

It seems like I'm going to die, what should I do?

I love you, I love you, I love you
Without even saying those words, I sent you
away like this

I'm sorry, I'm sorry, do you hear me
Can you hear my late confession?

I love you

-- because ur voice is my favourite song