I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 15, 2013

have u?

Assalamualaikum..

Have u ever feel so weak? Even dropping a pen can cause u to cry. Have u?

Teach me how to be strong.
Teach me how to stop being so pathetic.

Thursday, December 12, 2013

hati

assalamualaikum..

hati ni bila dah sakit, susah dia nak baik. kalau tak kena cara, memang sampai ke sudah tetap sakit. 

makin lama jadi makin batu. kau buat lah apa pun. kau cakap lah apa pun. kalau dah batu, batu juga. 

hati lah tu. jangan sampai dia bertukar jadi besi. api yang betul-betul hebat je yang boleh cairkan besi. kalau nanti dia dah jadi besi dengan kau, kau jangan tanya kenapa. 

bertanding lah kau orang. iron man dengan iron lady, siapa lagi hebat.

Friday, November 8, 2013

hand.phone

assalamualaikum..

handphone.. satu keperluan yang sangat penting zaman ni kan?
tapi... tahukah anda?

adalah lebih baik jika anda letak handphone tu kat tepi bila anda sedang berbual dengan seseorang? 

dan adalah lebih baik jika anda menumpukan sepenuh tumpuan dengan apa yang mereka katakan berbanding dengan buat buat dengar tapi tangan ligat menekan-nekan punat ataupun touch-touch tanpa memandang mata mereka yang sedang berbicara? 

that is what we called, respect. 

some people, yeah some, tak semua, tak boleh lepas handphone dari tangan. kadang-kadang bila bercakap dengan spisis yang macam ni, terasa terus malas nak bercakap pun ada. bukan apa, cuma rasa dia tak berminat dengan apa yang nak kita sampaikan. and we just like... *long silence*

cuba kalau anda letak diri anda dalam situasi yang begitu. apa anda rasa? cuba. try. test. :)

Tuesday, October 1, 2013

greetings

assalamualaikum..

greeting earthlings. :)

long time no see huh. takde story apa yg menarik pun nak dikongsikan buat masa ni.

just a greetings. hi bloggers. :)

Sunday, May 26, 2013

ku mahu kau tahu

assalamualaikum,,




Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
Berbentuk hati cinta namanya

(Chorus)
Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori

Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru

Ku mahu kau tahu
Aku kan terus menunggu

Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
Seperti cinta ini yang terbuku
Akan bersemi jua

(Chorus)

Terus menunggu
Kita kan bersatu
Terus menunggu
Ku mahu kau tahu

More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/h/hujan/

Wednesday, April 17, 2013

hi hi bye bye

assalamualaikum..

dah lama tak menulis ni, terasa pelik jap nak ketuk2 keyboard. 

dok mengusha2 belog yg dah lama dianaktirikan. maaf nak. mak tak sengaja.

dok mengusha jugak belog2 mereka yg tersenarai. cik ayue dah tukar muka belog dia. hamboi. makin comel gitu. eheh. 

lepas ni entah bila dapat update lagi. entah bila dapat stalk2 cik ayue, cik lana, abg hensem, dan mereka yang lain lah. 

entah bila dapat stalk resepi2 buat kuih, kek, tart nenas, ayam golek, ikan salai, dan banyak lagi makanan yang meruntum jiwa. eh.

bizi. siyes tak tipu. tp nasib baik 19 hb ni aku dah mula cuti. er. agak lambat dr diorang yg lain. well, nak buat cemana. tp naik cuti azab lah dengan test dengan presentation dengan esaimen. heh. semua nak serentak. hell like heaven. *tp aktif je dengan fesbuk.*

ni pon dok menghafal untuk mid-term test guwa esok. tp running man lebih diutamakan. haha. what to do.

okey. enough said rasanya. 

and lastly, hi from kasut putih, and bye. 

Saturday, March 23, 2013

to that friend of mine

assalamualaikum..

tetiba je aku teringat dekat one of my friend. malam ni entah kenapa membuak2 pulak teringat kenangan lama.

kawan tu..senang je nak dapat. tp, kawan yg betul2 kawan, payah.

that friend, aku kenal dah lama. since form 1. mula rapat after form3, i guess. 
i treasure that friend, so much. dia one of my best best best friend. that chingu, that friend, dia reliable. dia senang, not in term of money, or wealth, tp dia senang in term of berkawan. dia memahami. dia penasihat terbaik. dia pakar motivasi tak bertauliah. dia, good. dia, just nice. 

dia juga ada kekurangan. kadang2 dia degil, suka ikut kepala sendiri, buat apa yang dia rasa dia nak buat. tak suka ikut peraturan. player. dia, kadang2 'jahat'. tak tetap pendirian. kadang2 temper juga. dia, tak sempurna.

but it doesn't matter. aku sayang dia, as my best friend. i do. i did.

after a long 'silence' between us, atas kehendak Allah, kami bertemu semula. sebulan yang lepas. awkward. ya. sangat awkward. how we used to bergurau sepak2 kaki, bad mouth with each other, kutuk mengutuk, dah takde lagi. semua tu dah jadi past tense.

otak masa tu berfikir juga, macam mana nak berborak macam dulu. macam mana nak bergurau senda macam dulu. terfikir macam2 perkara yang nak dikongsi, tp semua tu langsung tak terluah. aku ke kiri, dia ke kanan. nampak juga dia cuba mengelak. perasaan aku, mungkin? aku tak tahu. and on that day, we did talk, tak banyak, 2 kali. yes. sepatah dibalas sepatah. anyway, aku happy je. at least kami bercakap. walaupun cuma dua patah ayat. at least. 

apa yang aku boleh ingat masa tu, wajah dia, tak macam dulu. tengah gaduh dengan someone, maybe? mata dia, nampak tak ceria. perasaan aku je, kot. dia banyak berubah. fizikal nya. 

to that friend, or anyone yg baca post ni yg tahu who's that friend of mine, beritahu dia,



'' aku rindu kau. sorry, atas apa yang silap dulu. entah lah kenapa, aku tak tahu. mungkin kau rasa '' eh, pahal minah ni tetiba je,'' tp, tu lah. aku pun tak tau. entah. cuma aku nak cakap, thanks for being great friends, back then. trimas. and i still can't find anyone yang macam kau. hope i didn't find any. "


-- that friend, is great. dia masih lagi teman baikku, walaupun ini cuma one sided friendship. 
-- is there any things called one-sided-friends? wonder

Sunday, February 10, 2013

Pak Joko

assalamualaikum..

di satu petang yang hening, sedang pak joko mengais-ngais tanah demi secebis dua cebis cacing, dia didatangi oleh Aman Bahagia bin Selamanya. 

AB : Joko, kau buat apa tu?
PJ : aku tengah cari makan.
AB : kau nak ? *sambil menunjukkan ayam goreng ditangan*
PJ : bak maiii sikit..

Aman Bahagia bin Selamanya mencampakkan secebis ayam goreng ke tanah. maka laju lah si pak joko mempatok2 cebisan tersebut.

PJ : Trimas, bro. kehkehkeh *lompat bintang kegembiraan*
AB : amacam? sedap makan darah daging sendiri? muahahahaha
PJ : ....... *NANGIS*


-- gua rasa ayam ni sebat apa je makanan. dah sama macam kucing gua. pisang goreng pon dia sebat.
-- jangan makan darah daging sendiri

Tuesday, January 1, 2013

hepy 2013

assalamualaikum...

hepy 2013, earthlings. 

ada impian yg nak dilaksanakan ? kejar.
ada cita-cita yg nak digapai ? usahakan.

azam baru, azam lama yg masih belum tertunai, azam yg masih belum difikirkan, dan segala azam yg ada dimuka bumi termasuk mereka yang bernama azam, azamiah, azaman dan lain-lain, semoga tertunai lah. eh. cilake je rasa ayat nih. 

oh, azam baru aku 2013, aku nak belajar menanam azam. eh. eh. 


semoga tahun ni lebih baik dari tahun yang sebelum nya. masih diberi peluang hidup, mencecah umur baru, terasa nak sia-siakannya ke ? :)