I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, August 18, 2012

hepy Eid ::

assalamualaikum...

bila sebut pasal raya, mereka pasti akan tersenyum lebar. terngiang-ngiang lagu-lagu raya. terbayang-bayang ketupat lemang rendang segala. terbau-bau asap mercun bunga api yang bukan seringgit dua. terimbau kenangan dulu kala.

teringat beberapa tahun yang lepas. ketika 'raya' masih lagi bermakna. ketika 'raya' adalah masa yang paling dinanti sepanjang tahun. ketika 'raya' adalah masa untuk berebut duit dengan sanak saudara. ketika 'raya' adalah hari yang paling istimewa. *senyum*

rumah tu tak pernah sunyi. meriam bingit disetiap sudut. leteran si tua menjadi peneman. sakit mendengar hanya sementara, selebihnya mengundang tawa. hilai tawa mereka dimalam raya menghidupkan suasana. rindu? ya. 

pagi raya..awalnya bermula dengan berjalan kaki keliling kampung, satu persatu pintu diketuk, sebuah demi sebuah rumah diterjah. pulang dengan badan yang basah lencun dek peluh, namun dihiasi wajah yang puas kerana usaha yang 'terbayar'. tapi itu semua sudah hilang. tiada lagi terjah menerjah. malu kian menebal, segan kian mendalam. tinggal semua sebagai kenangan untuk dikenang. rindu? ya.

empat tahun lepas. yang terakhir adalah empat tahun yang lepas. 

sekarang? cukup lah sekadar orang tua didepan mata. cukup hanya dengan keluarga duduk semeja. walau kerusi yang diisi hanya enam campur dua. sepuluh kali ganda kurang dengan bilangan yang pernah ada. 

rumah itu..mungkin dijejaki. mungkin hanya melalui memori. sakit? ya. rindu? sudah semestinya. andai masa dapat diulangkan, segala yang salah mungkin dapat diperbetulkan. segala yang sonsang mungkin dapat diluruskan. *senyum*

***

Terawih terakhir untuk tahun ni. Sahur terakhir untuk tahun ni. iftar terakhir untuk tahun ni. mungkin kah ramadhan terakhir ? harapannya semoga bertemu lagi dengan ramadhan tahun depan :) Allahuma balighna ramadhan. 

-- hepy eid friends :)
-- maaf atas segalanya. yang terlihat, yang tidak. yang sengaja, yang ter2. 
-- i'm totally dah tak rasa nikmat raya. can someone show me what is raya again? i beg :)

No comments: