I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, July 2, 2012

the Greatest events of the Year

assalamualaikum..

euro dah habis ? yea. congrats lah dekat SPAIN yang 'melaukkan' ITALY sampai 4 - 0.
fans diorang pun bukan main lagi bergumbira dengan kemenangan diorang 2 kali berturut-turut. ehe. cool huh, bila dapat rasa jadi winner?


yup.


tapi agak-agak nya dapat tak rasa apa perasaan jadi winner lepas ramadhan nanti? 
18 days left. yang lubang-lubang tahun lepas, dah isi semula ke belum?


harap-harap ramadhan tahun ni lebih hangat lah sambutannya berbanding euro. sama juga tempoh masa. sebulan. kalau sebulan boleh berjaga sebab nak tengok Germany punya game, Spain punya game, sampai 90 minit, tu belum kira dengan masa tambahan lagi, takkan lah nak stay up jumpa berbalas rindu dengan Pencipta tak boleh, kan? 
kalau sampai sanggup ajak pemerintah turun semata-mata nak tengok final, takkan tak sanggup nak ajak pemerintah turun sambut ramadhan, tarawikh, qiam sama-sama. ye dakk?


''penat. esok nak kerja.'' ehe. time euro hari tu sampai tertidur-tidur dekat tempat kerja/kuliah bahana tengok euro, takpe pula.


tak perlu aku nak cakap lebih-lebih kot.
kalau hati dah tak nak, disesah macam mana pun tetap ada je alasannya. ikut lah hati tu, nanti mati. baru tau.


buat lah alasan banyak-banyak kat dunia ni. yang rugi bukan orang lain. diri sendiri jugak. dah pesan jangan lupa puasa, perkara tu wajib. tapi kalau dijawab, aku penat, badan aku sakit-sakit, aku tak larat nak puasa, padahal menghadap fesbuk 24 jam larat pula, petang-petang main bola larat pula, siap skor lagi. heh. kasi lah alasan macam mana pun. kat sana nanti kalau ditanya kenapa tak puasa? nak jawab apa? tak larat? malu je. 


beruntung lah kita jika kita masih sempat bertemu dengan ramadhan tahun ni. :)


-- aku bukan lah orang baik, tapi tak salah kalau aku tolong ingat-mengingatkan.
-- hidup ni kalau dijalani guna akal sendiri je, nanti alpha. boleh jadi riak dengan Pencipta. sebab tu, kena saling ingat-mengingati, nasihat-menasihati.
-- semoga Ramadhan kali ni mendatangkan seribu kali ganda kebaikan untuk diri kita. Insya-Allah. ^^



No comments: