I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, July 29, 2012

bukan kiri, bukan kanan, bukan juga lalang yang takde pendirian.

assalamualaikum..

sesetengah manusia ni..kalau dikata bodoh nanti kena marah..nak kata kurang cerdik nanti diherdik..nak kata bodoh sombong nanti tak pasal-pasal kena tuduh pro govt, anti govt. bla bla bla. tak best nya lah kalau hidup dengan keadaan yang macam ni. semua pun nak dipolitik kan. semua nak dihitam putihkan. semua nak kena ikut cara dia aje. ohh. malaysia dah tak amal kan freedom of speech ka? sebab tu bila bersuara sikit, mula lah kena itu ini. maap maap. aku lupa yang negara kita negara demokrasi hanya pada nama sahaja. perlembagaan Tuhan diletak tepi. perlembagaan otak sendiri disanjung tinggi.


bukan cara aku untuk masuk campur dengan politik yang terlalu dipolitikkan ni. bukan cara aku. aku pun tak lah bercita-cita nak ke parlimen untuk berdebat itu ini. eh. tapi rasanya better berdebat di parlimen menyuarakan pendapat dari jadi si tin kosong laman sosial yang cetek pemikirannya. tak ke? ketung ketang dekat tuiter, pum pam pum pam dekat fesbuk, kononnya kau lah wira, kau lah hero, tapi apa yang kau tulis cuma melambangkan kebodohan diri, kesentengan akal, kecetekan ilmu pengetahuan. kau harap siapa yang baca? cuma si kutu seangkatan dengan kau aje lah pun yang akan butthurt. yang akan turut memeriahkan majlis. kena gelak dari jauh oleh para pengintip dari luar. tak malu ka hangpa semua ni?


sampai kan ceramah ustaz-ustaz *no need for me to mentioned, kang kena banned pulak* pun duk pi selit pasai politik pasai pa. yaa. kata lah si hijau itu penegak agama Tuhan. lalu si hijau pun bengkes si biru yang kononnya jahil ilmu agama. di pusat-pusat ilmu, sibuk menceritakan keburukan si biru yang kononnya korup tegar, itu ini.tajuk ceramah SELAMAT DATANG RAMADHAN, tapi isi penuh dengan MANA JANJI YANG DITEPATI? ohh. bullshit. itu kah yang dinamakan para penegak agama Allah? itu kah yang dinamakan para pejuang Islam negara Malaysia? itu kah? jadi jangan salahkan aku, kenapa aku lebih memilih penceramah dari luar berbanding negara sendiri. heh.


ya. ya. aku tidak sehebat kamu dalam membincangkan hal hal begini. aku tidak sehebat kamu dalam membicarakan tentang JANJI ditepati, isu CLEAN n CLEAR, himpunan oyen dan sebadak sekambing dengannya. ohh Malaysian. come on. be rational. kenapa orang yang macam aku boleh memandang rendah kepada kamu, wahai si pembela bendera masing-masing? kenapa orang bodoh macam aku masih boleh membezakan yang mana putih, yang mana hitam, yang mana boleh diikut, yang mana tidak? dimana level tahap intelek kamu, para pengikut yang bijaksana? ohh. mungkin dekat negara tanah tumpah darahku ni, ahli hanya WAJIB ikut apa yang dikata, dibuat, disuruh, di'galak' oleh si pemimpin ahli sahaja. sehingga kan yang tak betul nampak elok, yang busuk nampak cantik. pendapat lain ditolak mentah-mentah. dibuang dalam tong sampah.

aku hanya berdiri dengan siapa yang boleh memimpin ke arah yang lebih baik. kearah yang lebih menunjukkan Malaysia ni sebuah negara Islam, macam yang termaktub dekat Federal Constitution. kalau nak kata kita ni negara Islam cuma disebabkan dengan pemerintah tertinggi beragama Islam, itu tak cukup. jangan hanya tegap berdiri dengan lisan, tapi gagal dalam praktikal nya. jangan cuma kata, negara yang baik bergantung kepada rakyatnya. heh. jadi apa fungsi kamu yang memimpin negara?? kalau pemimpin sendiri bertelagah sesama pemimpin, macam mana tu? berjuang demi agama Tuhan. berjuang demi kesejahteraan rakyat. bukan berjuang demi keangkuhan nafsu buas kamu sendiri. yang mengikut juga jangan terlalu taksub dengan sesuatu. tinggal mana yang tak elok, ikut mana yang baik. itu yang disuruh, kan?

nak buat sesuatu, biar lah guna akal yang dah dikurniakan. jangan guna kepala lutut yang hanya tahu melibas sana sini.


tak nak guna sedekah je lah kat zombie,,dari dibazirkan baik dimakan. ye dakk?

No comments: