I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, July 29, 2012

bukan kiri, bukan kanan, bukan juga lalang yang takde pendirian.

assalamualaikum..

sesetengah manusia ni..kalau dikata bodoh nanti kena marah..nak kata kurang cerdik nanti diherdik..nak kata bodoh sombong nanti tak pasal-pasal kena tuduh pro govt, anti govt. bla bla bla. tak best nya lah kalau hidup dengan keadaan yang macam ni. semua pun nak dipolitik kan. semua nak dihitam putihkan. semua nak kena ikut cara dia aje. ohh. malaysia dah tak amal kan freedom of speech ka? sebab tu bila bersuara sikit, mula lah kena itu ini. maap maap. aku lupa yang negara kita negara demokrasi hanya pada nama sahaja. perlembagaan Tuhan diletak tepi. perlembagaan otak sendiri disanjung tinggi.


bukan cara aku untuk masuk campur dengan politik yang terlalu dipolitikkan ni. bukan cara aku. aku pun tak lah bercita-cita nak ke parlimen untuk berdebat itu ini. eh. tapi rasanya better berdebat di parlimen menyuarakan pendapat dari jadi si tin kosong laman sosial yang cetek pemikirannya. tak ke? ketung ketang dekat tuiter, pum pam pum pam dekat fesbuk, kononnya kau lah wira, kau lah hero, tapi apa yang kau tulis cuma melambangkan kebodohan diri, kesentengan akal, kecetekan ilmu pengetahuan. kau harap siapa yang baca? cuma si kutu seangkatan dengan kau aje lah pun yang akan butthurt. yang akan turut memeriahkan majlis. kena gelak dari jauh oleh para pengintip dari luar. tak malu ka hangpa semua ni?


sampai kan ceramah ustaz-ustaz *no need for me to mentioned, kang kena banned pulak* pun duk pi selit pasai politik pasai pa. yaa. kata lah si hijau itu penegak agama Tuhan. lalu si hijau pun bengkes si biru yang kononnya jahil ilmu agama. di pusat-pusat ilmu, sibuk menceritakan keburukan si biru yang kononnya korup tegar, itu ini.tajuk ceramah SELAMAT DATANG RAMADHAN, tapi isi penuh dengan MANA JANJI YANG DITEPATI? ohh. bullshit. itu kah yang dinamakan para penegak agama Allah? itu kah yang dinamakan para pejuang Islam negara Malaysia? itu kah? jadi jangan salahkan aku, kenapa aku lebih memilih penceramah dari luar berbanding negara sendiri. heh.


ya. ya. aku tidak sehebat kamu dalam membincangkan hal hal begini. aku tidak sehebat kamu dalam membicarakan tentang JANJI ditepati, isu CLEAN n CLEAR, himpunan oyen dan sebadak sekambing dengannya. ohh Malaysian. come on. be rational. kenapa orang yang macam aku boleh memandang rendah kepada kamu, wahai si pembela bendera masing-masing? kenapa orang bodoh macam aku masih boleh membezakan yang mana putih, yang mana hitam, yang mana boleh diikut, yang mana tidak? dimana level tahap intelek kamu, para pengikut yang bijaksana? ohh. mungkin dekat negara tanah tumpah darahku ni, ahli hanya WAJIB ikut apa yang dikata, dibuat, disuruh, di'galak' oleh si pemimpin ahli sahaja. sehingga kan yang tak betul nampak elok, yang busuk nampak cantik. pendapat lain ditolak mentah-mentah. dibuang dalam tong sampah.

aku hanya berdiri dengan siapa yang boleh memimpin ke arah yang lebih baik. kearah yang lebih menunjukkan Malaysia ni sebuah negara Islam, macam yang termaktub dekat Federal Constitution. kalau nak kata kita ni negara Islam cuma disebabkan dengan pemerintah tertinggi beragama Islam, itu tak cukup. jangan hanya tegap berdiri dengan lisan, tapi gagal dalam praktikal nya. jangan cuma kata, negara yang baik bergantung kepada rakyatnya. heh. jadi apa fungsi kamu yang memimpin negara?? kalau pemimpin sendiri bertelagah sesama pemimpin, macam mana tu? berjuang demi agama Tuhan. berjuang demi kesejahteraan rakyat. bukan berjuang demi keangkuhan nafsu buas kamu sendiri. yang mengikut juga jangan terlalu taksub dengan sesuatu. tinggal mana yang tak elok, ikut mana yang baik. itu yang disuruh, kan?

nak buat sesuatu, biar lah guna akal yang dah dikurniakan. jangan guna kepala lutut yang hanya tahu melibas sana sini.


tak nak guna sedekah je lah kat zombie,,dari dibazirkan baik dimakan. ye dakk?

Friday, July 27, 2012

hadam, telan, biar sampai muntah :)

'' Chik, ang puasa tak ? '' Bacik buat muka kelam. tak faham. bukan dia ada sahur sama-sama ke pagi tadi? tak ke? 
'' Puasa lah. apasal ang tanya? '' 
'' tak da lah. aku ingat ang PMS. ''
haaa. awatnya pulak budak Bederol ni. apa punya jargon dia guna ni. atau aku je yang dah mula tak faham dengan bahasa melayu? bahana tengok anime lah kot. '' awat nya? '' soal Bacik lagi sekali.
'' aku tengok ang langgaq ja subuh, zohor, asaq. tu yang aku ingat ang PMS. aku nak ingatkan ja, solat tu pun wajib jugak. perkara pertama yang disoal nanti, solat ang. aku sayang ang, Chik. Syurga tu luas. aku nak ajak ang masuk sana sama-sama. nanti bila tiba masanya, tak da lah ang marah aku, kenapa tak ingatkan ang tentang syurga.'' 


gedebukk.! terkena sebijik. tepat-tepat kat muka, takde sipi-sipi lagi dah. Bachik diam. teringat balik memori zaman Pendidikan Islam masa sekolah dulu.


rukun islam ada lima. tapi yang satu ni je yang dia rajin. Puasa. tak pernah tinggal. alhamdulillah. tapi,, bab solat...dia memang failed. lupa? entah. malas? mungkin. banyak sangat alasan yang dia boleh kasi. kalau kasi buku 555, boleh penuh dengan alasan kenapa dia tak solat. maybe? 'Buat lah walaupun terpaksa, kerana kewajipan tu kadang-kadang sifatnya memang terpaksa. Buat lah walaupun terpaksa, kerana dari keterpaksaan tu nanti akan jadi rela.' entah dari mana, tiba-tiba terngiang-ngiang ayat tu dekat kepala. 


'' aku nak solat lah ni...ang kalut lah Rol..kasi aku makan sampai habis dulu lah.'' Bacik buat muka. malu pun ada bila ditegur begitu. otak nya masih ligat menghadam apa yang dikatakan Bederol tadi. 
'' aku teguq sebab aku sayang ang Chik. tu yang buat muka gaya kucing frust tu apa hal nya?'' Bederol menyengih. dia tahu Bacik terkesan dengan ayatnya tadi. 
'' mana ada. aku cuma terfikir je. sampai ati ang nak tinggal aku sorang-sorang. aku nak jugak masuk syurga.''
'' aku tau ang nak kesana. aku pun nak kesana jugak. macik sebelah rumah ni pun, kalau ang tanya mesti dia jawab nak punya. tak da sapa tak nak masuk sana Chik.''


Bacik terdiam. dengan Bederol ni tak boleh buat main benda-benda macam ni. memang akan terkena saja lah. lagi-lagi kalau dia dalam mood serius nya. harimau lapar pun boleh cabut lari 100 meter kalau dengar dia membebel. membebel ke arah kebaikan. membebel kerana Tuhan. bebelan yang ada isi. ada ke orang membebel yang takde isi? entah. 


ustaz kata hidayah tu tak boleh tunggu. kena cari. kalau nak kata tunggu hidayah sampai baru nak solat, heh. lupa agaknya solat tu wajib, nak tunggu hidayah datang baru nak laksanakan perintah Tuhan? kemain demand lagi. macam nak makan nasi jugak lah, kan? nak makan, kena suap kat mulut. tak suap, kebulur lah sampai malam. nak hidayah, kena cari. tak cari, gelap lah sampai mati. gulp.! 


'' pakat termenung ja, tapi tak da tindakan, tak boleh juga Chik.'' Bachik tersedar. termenung ke dia? ni bukan termenung. ni menganalisis maklumat. heh. ada je jawapan.


'' Rol..''
'' hmmm ? ''
'' ang tarawih malam ni? ''
'' insyaAllah. awat? ''
'' ikot. ''
'' sure. ''


******


'' Rol...''
'' awat? ''
'' lepas ni jom kita berbuka dekat masjid.''
'' ang ketagih nasi kerabu tadi ka? ''
'' banyak lah ang punya nasi kerabu. aku ketagih nak rasa nikmat hidup sebagai seorang Islam, yang bukan hanya sekadar dalam IC ja. aku ketagih nak tengok manusia jalin ukhuwah, kerana Allah. aku ketagih, nak duduk dekat rumah Allah.''


Bederol tersenyum. '' sure.'' 


-- Islam juga bukan hanya dengan solat dan puasa je. tapi jika yang dua ni terjaga, insyaAllah, yang lain turut terjaga sama. 
-- anggap lah Ramadhan kali ni, sebagai bonus untuk kita. dalam mengerjakan misi menjadi hamba Tuhan. 
-- bak kata Hilal Asyraf, jadi hamba Rabbani, bukan hamba Ramadhani :)
-- ''budaya'' puasa dekat Malaysia, masih belum pulih. lagu raya dah berkumandang kat mana-mana. puasa tak sampai pun 10 hari lagi. :(

Wednesday, July 25, 2012

entry SEPESELL #2 : F.R.I.E.N.D.S ?

assalamualaikum..

do you remember? 
what we've said to each other?
when we met
it wouldn't be normal
you guys are so insane.!
we talked, we chat
we laughed, we teased
we poke, we cried
we loved to make fun of people. never denied it.

now.
we'll be part. far far away from each other.
east, west, south, north. 
peninsular. borneo.
left, right.
over the sea, over the river, over the highway, over the bridge
by plane, by bus, by train, by car, by bicycle.
our path will be different. the kulinari-ian, the science comp-ian, the admin, the orang seni, the helpers, the orang kimia, the engine man
everything seem sooo like langit dan bumi

the 'oh yeke', the 'aku on je', the berbual-ness habits
the lepak-ers tegar at kedai pakcik abc *not so tegar maybe*
the ex-dyson-lover who turned to a green monster after the only-you-know-what-happened cases *smile*



i just realize
we didn't have tons of memories
we didn't have a hangover, kedai pakcik is the only exception
we don't even capture our memories in a satio, active or even a torchlight. no?
and i still wonder who is the winner between serizawa and nakatsu competition o_O

wonder,
if we ever be the same 'us' when we meet again.
if we happen to meet someday, never bring the berlagak-ness with you. no cool.

first september. will be the day.
and as the only person who will stay longer between us in our beloved kampung
i have a request. 
please let me see us again, before we fly all over the malaysia. 
no need for me to mentioned, you know yours.




it only a request. no obligation needed to fulfill it. ^^

-- why must me the only one who suffered the kesebakkan sickness??
-- am i too soft? wonder *-*
-- gladly happy to all of you, guys. :)
-- and once again, the special entry for you-know-who

Tuesday, July 24, 2012

kenapa aku tak boleh kawin awal ??

assalamualaikum..

niat dihati tak nak dah update buat masa terdekat ni, tapi memandangkan aku dah hampir-hampir nak jadi salah seorang penghuni TERATAK HAPPY maka terpaksa lah aku melepaskan segala kesakitan kebingitan kepeningan aku kat sini. 


kenapa aku tak boleh kawin awal?


rasanya ramai yang tahu aku ni obess maksud aku obses *malas nak backspace* dengan kawin awal ni. aku si pemegang usia 20 tahun. dalam diri kata, '' imma big girl.! i can marry now.!!'' namun,,di alam realiti yang fana ni, aku masih lagi dilayan seperti kanak-kanak kinderjoy. nampak besar sikit lah dari kanak-kanak ribena. ayuh kembali ke pangkal jalan, persoalannya, kenapa aku tak boleh kawin awal??

aku pernah ditegur oleh RAMAI kawan, ada yang kata ''chill lah. kan muda lagi, enjoy dulu,'' ada juga yang kata ''KAU INGAT KAWIN TU SENANG KE??'' dan ada juga yang kata aku gatal. mostly, ni lah jawapan yang kerap kali aku dapat bila aku menyuarakan tentang kawin awal. tapi, disebabkan keinginan yang melebihi segala-galanya ni, aku persetankan semua jawapan tu. usah kau halangi niat ku yang suci murni ini, itu rahsia skema jawapan dalam otak aku yang hanya aku sendiri je yang tau. dan sekarang dah tak rahsia lagi.


tapi sekarang, kehadiran Eton *bukan nama sebenar* dalam kehidupan seharian aku telah merubah segele-gelenya. kehadiran Eton membuatkan aku rasa diri ni sangat tak dihargai. membuatkan aku rasa betapa LOSER nya aku. tiap-tiap hari aku terpaksa berbuka berulamkan jantung masak lemak dan hati masak kicap. betapa pilu nya perasaan aku sekarang ni.


Eton juga yang menyedarkan aku, betapa dibawah paras negatifnya tahap kesabaran ku, betapa senipis kulit bawang nya naluri keibuanku. betapa ibarat sampah ditepi longkangnya tahap memujuk ku. betapa betapa betapa.! namun begitu, terima kasih Eton kerana mengurangkan kadar aku menggunakan cotton bud dirumah. pekikan lolongan seduan esakan si Eton berjaya mencairkan taik telinga ku yang berkerak ini. terima kasih, Eton.! 


nononono..baby don't cryyyyyy~


terima kasih Eton kerana menyedarkan aku bukan senang nak kawin. bukan senang nak bina keluarga bahagia. bukan senang nak didik anak-anak. bukan senang. yang senang nya cuma makan masa kenduri je. 


kesimpulannya, terpaksa lah aku tangguhkan niat tu untuk 3 atau 4 tahun yang akan datang. sampai aku rasa aku dah boleh senyap kan si Eton tu. sampai aku berjaya menawan hati Eton sebagaimana aku menawan hati si Aqib juga Wafiy. sampai aku jadi cukup sabar untuk melayan setiap tetesan air matanya itu. sampai tiba waktunya.!!


mujur ada Wafiy dan Raqib yang menghiburkan hati. kami sama-sama pening kepala melayan kerenah si Eton. *geleng-geleng kepala*


-- walaupun loser dimata Eton, tapi winner dimata mereka berdua :)
-- makdik sayamm korang.! nanti makdik belanja toraa okey.!

Saturday, July 21, 2012

3 perkara :)

assalamualaikum..


kadang kita terima ‘kejutan’ dalam hidup kita. Surprise yg kita langsung tak sangka. Dah nama pun surprise, nak sangka macam mana, kan? Whatever.

Kadang kita lupa, yang hidup ni bukan setakat macam dalam buku fiksyen non fiksyen. Kita lupa, yang kita ni manusia. Sifat natural dalam diri manusia, setiap orang inginkan yang terbaik dalam hidup mereka, kan? Please don’t prove me wrong. :)

Kadang kita suka mengukur diri sendiri, berdasarkan masa lalu. No?

Pesan saya, jangan terlalu tenggelam dengan masa lalu. Find a balance in your life. Kalau kata dulu kita ni hitam, sampai sekarang takut nak bergerak sebab terkenang zaman dulu, you’ll ruin your future. Kalau kata malas nak fikir langsung tentang masa lampau, sampaikan terulang balik kesalahan lalu, ur future pun tak terjamin. Jadi, balance kan antara past, present dengan future. Jadikan kesilapan kita dimasa lalu tu sebangai penaik semangat kita untuk jadi yang terbaik sekarang, insyaAllah masa depan turut cemerlang. :)



Life is full of surprises, dear. Treasure it. Never waste your time to regret what you’ve done without move on, but regret if you aren’t moving any inch. Life is too short to stay dekat takuk yang lama.

ni mungkin takde kaitan, tapi aku suka quotes ni :)

-- Tiba-tiba teringat pesan Hilal dekat NLKO beberapa hari yang lepas, kalau nak buat silap, buat kesilapan yang baru, jangan diulang kesilapan yang lama. :) dan, cuba tengok perkara yang kita buat sekarang, boleh memberi manfaat tak untuk kita di 10 tahun akan datang. Think. ^^

Thursday, July 19, 2012

marhaban ya Ramadhan.!

assalamualaikum..

sabtu, 21 JULAI 2012 bersamaan dengan 1 RAMADHAN 1433h, kita akan berpuasa.! ALLAHUMMA BALLIGHNAA RAMADHAAN. ALLAHUMMA BALLIGHNAA RAMADHAAN. ALLAHUMMA BALLIGHNAA RAMADHAAN. :)



dekat Malaysia, puasa ni dah jadi macam budaya, bukan lagi ibadah. :( wrong? then, please prove me i am wrong.!


Ramadhan, puasa, bukan diraikan dengan bazaar bazaar tepi jalan, bukan diraikan dengan sepuluh juadah atas meja makan, bukan diraikan dengan YUSOF TAIYOOB macam dalam iklan, bukan juga diraikan dengan membuta hanya bangun bila tiba waktu makan.


tapi diraikan dengan tarawikh beramai-ramai, dihiasi dengan bacaan surat chenta dari Tuhan, diwarnai dengan qiamulail sebagai peneman, disirami pula dengan amal kebaikan.


Rindu dengan inche Ramadhan? chenta dengan Mr. Ramadhan? happy dengan kehadiran Ramadhan? prove it.!!!




let us be the winner this Ramadhan.!


oh ya. nak tolong promote e-book yang berguna utk kita semua. klik sini ya. sumber dari langitilahi.com :)


-- puasa tu bukan setakat tahan lapar dan dahaga je, tau.!
-- semoga amalan kita semua diterima. Amiin. ^^

Wednesday, July 18, 2012

L?

assalamualaikum..

mostly, makhluk yang bernama manusia ni suka sangat jump to conclusion without knowing anything. hurm. aku dikelilingi dengan orang yang macam ni. orang sekeliling aku, tak kira di dunia nyata mahupun secara maya. kenapa ey? is it really hard to ask anything that you not even know to people who are really in the situation? tapi senang pula nak bukak mulut hebah cerita macam si mail jual ayam 2 singgit?? hey peeps, come on lah.! malu bertanya sesat jalan, tahu?

seriously, aku sangat tak suka dengan orang yang macam ni. please. jangan anggap diri tu CCTV SEANTERO DUNIA sampai apa yang kau tak tahu pun kau kata kau tahu. kau rakam setiap kejadian sampai yang tak ada pun diada-adakan. heh. carik kain orang kau nampak, kau teliti dalam-dalam, tapi tak sedar kain sendiri dah rabak. come on lah, tolong pasang renda-renda, manik-manik dulu kat kain sendiri, boleh? bukan apa, cuma aku takut kau TERBOGEL depan khalayak sebab ralit sangat meneliti orang lain. ^^

tak salah mengambil berat. sungguh. tapi jadi semak bila kau terlalu ambil berat sampai kau nak orang lain turut mengambil berat. :) aku tahu kau seorang yang sangat caring, tapi tolong lah jangan jadi si caring yang annoying. :) 

dan tolong lah tukar mentaliti anda wahai makhluk ciptaan Tuhan. jangan kerana nila setitik, rosak susu satu kolah. jangan sebab sekor ayam terberak dekat pintu rumah kau, semua binatang kau banned sampai jadi vegi. kami tak rugi apa-apa. kau yang rugi sebab tak dapat rasa nikmatnya daging ayam. heaven, tahu?

aku tak benci orang yang macam ni sebab aku tahu diorang ni takde life yang ohsem. apa yang mereka tahu cuma memandai-mandai, mungkin dengan cara ni hidup mereka jadi ohsem? entah.   


get some life peeps. jangan dok treasure life orang lain, treasure your own life. :) 

-- aku tak marah kalau kau 'sibuk' dengan hal aku, tapi aku akan bising kalau kau 'sibuk' dengan hal orang yang aku sayang. ^^
-- no matter who he/she is. no matter how much AGES you have. :)
-- tolong jangan jadi paparazi yang sibuk nak melabur saham ke JAHANAM, tapi jadi lah yang rajin melabur saham ke JANNAH.



masa aku 10 tahun aku takde ipad, tp aku ada mereka.!!

assalamualaikum..

toraa datang lagiiiiiiiiii.!!!!! 
tiba-tiba aku teringat zaman tora, ding dang segala tuh. ada jual lagi tak ek sekarang ni?? sape sape yang ada terjumpa, mohon inform kat aku ASAP.! aku gian nak main dia punya menan tuh. 






aku belanja korang satu kalau korang ada terjumpa menatang nih. aku serius.!!!

-- terpengaruh dengan post post dekat fesbuk.
-- oh ya. sekarang pun aku still takde ipad dan AKU BANGGA.!  

Monday, July 16, 2012

on the way to.......

assalamualaikum,.

shah alam bakal menjadi tempat aku melukut mengutip ilmu tidak lama lagi. nak kata aku happy tahap petala kelapan tu macam tak, and sedih tahap cik kiah baru lepas kena cerai pon idak lah juga. yang sedang-sedang saja lah kott. tapi aku admit, sedih sikit. niat dihati teringin sangat nak ke kedah. tapi,,apa boleh buat. mungkin shah alam adalah yang terbaik :)

tak lama lagi dah nak mulakan hidup sebagai seorang pelajar lepas sekian lama aku meninggalkan title pelajar tu. otak yang dah berkarat kuning keemasan taik angsa ni perlu dipolish semula supaya bersinar semula macam gigi pelesu Nek Jah.! merghelip gitu. kalau dulu masa foundation aku lah yang paling malas setadi, aku lah yang paling rajin tuang kelas, aku lah yang paling malas nak beresaimen, segala-galanya malas *tu yang dapat gelaran koala tu, membuta je yang aku rajin*, tapi, kali ni aku berzanzi.! aku akan menjadi seorang student yang kurang sikit malas nya. heh. pledge orang yg tengah bersemangat la kununnya. 


but seriously, i won't do what i've did masa foundation dulu. serik.! tu yang orang lain foundation 2 sem and max 3 sem, tup tup aku kena 4 sem.! dalam sejarah pula tu. kami antara 20 orang pemegang rekod sepanjang U kami ditubuhkan. hew hew. bila dah masuk sem 4, dah terasa sangat senior, sampai kelas pun aku cuma pergi 3 KALI je sepanjang 3 BULAN aku kat situ. aku senior yang hebakk, kan? time tu takde rasa apa pun. cool je. 4 sem pun 4 sem lah. redha lah kononnya. tapi....bila tengok kengkawan yang satu batch dulu dah seronok hidup kat alam lain, maksud aku alam degree lah kan, tetiba aku rasa macam **** ar.! kenapa diorang tak failed macam aku?? time tu baru aku sedar, tinggi rupanya langit tu. 

heh. 


berharap orang lain senasib dengan kita, tapi langsung takde usaha nak kejar orang lain yang berjaya. what kind of mentality is that?? cuma tahu nak orang lain jatuh, tanpa ada kesedaran langsung nak bangun kan diri sendiri. tu cara pemikiran orang tak matang. tu cara pemikiran orang yang akal nya cetek. tu cara pemikiran orang yang langsung tak profesional bahkan bukan tahap amatur. see? being jealous with successful person isn't a crime. true. but, when you do something to ruin it, it is a crime. mungkin takde lah termaktub dekat mana-mana perlembagaan, but it is a crime against the law of jealousy. 

experiences thought us tons of things. belajar dari pengalaman. dan sepanjang dua tahun aku kat sana, macam-macam aku dah belajar. tinggal pilih, nak yang elok atau yang busuk.


macam biasa, sumber dari Dr. Gugel :)


-- bila tanya dekat orang yang berpengalaman dalam bidang yang bakal ku terceborrr ni, ada lah sikit rasa depressed kat situ. kononnya nak lari dari law yang buat aku rasa sangat bangang ni, tapi rupanya aku masih tak boleh lari. tapi tak kesah lah. as long as aku masih boleh pegang kakileter, cukup lah kot. even though its only for 30% je. 70% lagi, kena hadap buku sampai muntah pekat. hew hew

Sunday, July 15, 2012

no words

assalamualaikum..

no words. just a song. :)


destiny by JIM BRICKMAN



wanna grow old with you by westlife


-- these song made my day today. :)
-- ohh. i'm sooo touched.!

Friday, July 13, 2012

hepy UPU day.!!

assalamualaikum..

tahniah lagi sekali utk mereka yang berjaya further study tu. a big congrats, guys. :)
dan welcome untuk mereka yang bakal melangkah ke alam university. i bet korang mesti dah melompat-lompat macam beruk dapat keta kann.? hehe. aku kat sini hanya boleh menumpang gembira dengan kejayaan korang. once again, congrats guys. :)


alam universiti tu tak mudah. dekat situ kehidupan baru kita bermula. dekat situ kita akan mula kenal yang mana kawan, yang mana lawan. kawan yang tikam belakang, kawan yang macam kuih talam, kawan yang suka mengambil kesempatan, macam-macam lagi. kat situ juga kita akan jumpa kawan yang sanggup jatuh bangun bersama, yang sama-sama pegang tangan kita utk mencapai apa yang kita impikan. kat situ juga, dalam kita tak sedar kita akan berubah. pandai-pandai jaga diri. ^^


untuk yang tak berjaya tu, its okay. university bukan segala-galanya. tak dapat masuk u tak semestinya hidup tu musnah. banyak lagi tempat lain yang ada. :) mungkin itu bukan tempat terbaik utk kamu. yang penting berusaha utk teruskan apa yang kamu impikan, ditempat lain, yang lebih baik lagi. kalau kata teringin nak masuk walau sekali, pi je lah jejak kaki kat sana. pusing-pusing, then keluar lah. ehe. itu kalau kata teringin nak masuk. tapi kalau kata teringin nak belajar dekat u, boleh. sambung lah master kat sana. tak pun, amik je pjj. sambil kerja, boleh belajar. banyak alternatif boleh difikirkan. nak dengan tak nak je. takde sebab nak putus asa, kan? ^^ 


and....for the very last time...






-- ramai nyaa yang dapat sarawak/sabah. dapat jumpa pilot. aku jeles.!!
-- result aku entah bila. hmph. semoga Allah memberi yang terbaik untukku. 
-- mohon doanya ya kawan-kawan :)



Thursday, July 12, 2012

untitled post

assalamualaikum..

tak perlu seseorang utk berkongsi kesedihan.
 tak perlu seseorang utk tolong wipe my tears.
tak perlu seseorang utk tolong menenangkan.
 tak perlu seseorang utk berkongsi kata semangat.
you can never put your foot in my shoe. i know. :)

that is why, 

aku hanya perlu seseorang yang boleh buat aku ketawa. 

-- i'm strong enough to keep the sadness, but i'm a loser in giving smile.
-- dgr cerita upu utk lepasan stp n matriks dah kelua. gudluck guys ^^




Tuesday, July 10, 2012

entry SEPESELL

assalamualaikum..

*ehem. ehem. entry kali ni sepesel sikit dari yang sebelum ni. ehem. ehem. cubaan keyboard. cubaan. semoga tidak punah punat punat di keyboard untuk menjalani tugas menaipnya kali ini.


saya ada kawan. nama dia ruzaini ahmad rashdaini basha. dia lah si penyebab musabab kenapa entry kali ni kena spesel, sebab dia request suruh tulis pasal keling kat sini. tidak lupa juga dengan muhamad firdaus ramlan sahabat baik nya yang turut tercalon. maap ruz. aku tak racist. jadi aku tak nak tulis pasal keling. tak nampak apa kaitannya keling dengan ruz dan firdaus? biarlah kami yang berkaitan sahaja yang tau. korang yang tak tau apa-apa, sila duduk diam diam dan minum susu tu elok elok.! aku lempang kang kalau bising bising.


jadi yang spesel nya kat sini, cuma tajuk je. aku terpaksa memerah otak aku sampai kering kontang bak gurun di sahara untuk menaip. selalunya kalau nampak keyboard idea aku akan mencurah-curah umpama hujan turun di tepi longkang, tapi kali ni jangan kan mencurah, tempias pun tidak terasa. betapa kering nya otak aku. nasib baik hati tak kering. 


ruz dan firdaus (atau nama manja dia epey), sepemergian kami ini diratapi sungguh sungguh oleh si amir hakim. mohon pujuk lah dia, jangan kasi dia terjun bukit kat depan rumah. kalau nak bunuh diri, mohon tunggu kepulangan kami. kami juga ingin menjadi tokoh pasukan sorak, yang bersorak memberi sokongan kepada sahabatnya. untung untung dapat selit muka dekat BH atau SINAR atau Metro Ahad, itu sudah memadai. kami tak minta lebih. hanya secebis keglemeran sahaja.


rakan-rakan yang disayangi, kita mungkin tak dapat pergi bersama. jangan risau, nanti kami bawa pulang cebisan cebisan tanah, pasir, rumput rumput segar di sana. kami kirimkan juga angin bayu teluk chempedak. akan kami bisikkan sahaja dari jauh. nampak tak? betapa sayangnya kami kat anda anda semua? nampak kan? jadi jangan lupa sambut kepulangan kami dengan semangkuk abc serta lapan biji takoyaki. ^^


kamu yang faham maksud saya, mohon jangan sengih sengih dan regret dengan promise anda. saya tak paksa, cuma nantikan Tendangan Kilat Kuda Alfro saya kalau anda berani memungkiri janji. :)


ini mungkin yang pertama dan terakhir aku tulis untuk kamu semua. mungkin tiada kesempatan lagi untuk menghupdate lepas ni. *muka sedih* tapi akan dipertimbangkan jika anda berkongsi sedikit not not merah atau hijau di dalam wallet mahal anda, untuk kesenangan kita bersama. hew hew.


yang kelast nya, semoga anda berpuas hati dengan warkah picisan ini. 


sekian. 

yang benar,
saya. ^^


-- aku memang suka guna format surat rasmi tidak rasmi.
-- credit to ayue kechik for the corporation :)

Monday, July 9, 2012

dr.dre punya keja

assalamualaikum..

jenguk menjenguk kedai inche beats sambil mengunyah keropok ori dari ganu. bulau mata aku menengok menatang nih. dari awal-awal zaman si beats ni muncul aku dah tergoda sangat sangat dah. niat, hajat, kemahuan di hati memang la nak sangat beli. tapi keadaan masih belum mengizinkan. jadi aku cuma usha-usha saje lah kedai-kedai yang ada. 


aku suka si beats ni sebab kualiti dia yang superb. dekat pasar karat, kedai-kedai henpon memang melambak. tapi nak cari yg ori cuma ada dekat kedai-kedai tertentu je. harga dia pon, memang superb lah angkanya. alah membeli menang memakai, mungkin ?


bila tengok member update pasal dapat beats by dr dre yg ORIGINAL harga boleh cukup makan sebulan ni, aku rasa macam **** ar.! buat aku rasa nak pi sepak dia guna Tendangan Leopard Angin Berpadu je. jilake.!


wa bekenan dengan yg kaler putih ni. nampak semat je. 

ni earphone. tak tau ke?

kat sini lah aku dok menangis guling-guling mengenang nasib. takpe. nanti aku kawin aku minta menatang ni jadi hantaran. muahahaha.! baru puas hati aku.!

-- boleh dapatkan beats ni dekat apple store jugak. 
-- behind every champion, there's beats - beats punya trademark
--maaf ayat kali ni sangat tak skema ^^





Sunday, July 8, 2012

dream comes TRUE

assalamualaikum..


dream comes true. Alhamdulillah. ^^
sometimes we can just make a move without plan anything in the first place. less pain. less regrets.


sometimes you also need a surprise, yes ?
it just sometimes, no always. :)

thanks to miss photographer cik ayue

-- credit to my beloved sister yg rajin nak melayan kerenah adik yang sorang ni ^^

Saturday, July 7, 2012

Pontoi dan Pandek


satu hari di tempat yang gelap, Pontoi merangkak-rangkak mencari jalan. disitu dia belajar menukar arah dari jalan yang bengkok ke jalan yang lurus. semak samun, hutan belukar semua diredahnya semata-mata untuk mendapat secebis cahaya demi kesenangan masa depan. seperti tiada apa yang dapat menghalang liku-liku perjalanannya. disimpang empat tempat gelap itu, dia terjumpa Pandek. dia melihat Pandek sedang meraba-raba sesuatu di tanah. Pontoi pun berkata, " Hoi, Pandek.! tak sangka aku jumpa kau kat sini. kau meraba apa tuh? mentang-mentang lah tempat gelap, kau ingat kau boleh buat sesuka hati kau??" Pandek yang terkejut dengan jerkahan si Pontoi pon termelatah ''OH MY MOMMY IS GORGEOUS.!!'' Pontoi tergelak-gelak melihat Pandek melatah. padahal bukan lawak pun. ''kau meraba apa tu?'' soal Pontoi lagi sekali bila Pandek lupa nak jawab soalan dia tadi. ''aku tengah cari spek mata aku nih. terjatuh masa aku terlanggar batu licin tu.'' jawab si Pandek. Pontoi yang penuh dengan semangat setia kawan itu terus tolong si  Pandek cari spek. si Pandek tu rabun teruk. kesian la kononnya. padahal dalam hati harap sangat si Pandek nanti bagi pinjam Sony XPlay kat dia. sebagai tanda membalas jasa. tidak lama kemudian..spek mata Pandek pun ditemui. mereka berdua meneruskan lagi jalan kembali mereka.

tiba-tiba..

gempa bumi dan angin ribut melanda dengan kuatnya. Pontoi dan Pandek dah gabra. cepat-cepat diorang pegang batu-batu licin yang ada disekeliling mereka. angin ribut berhembus lagi sekali, tapi kali ni lebih kuat lagi. Pontoi terlepas pegangannya di batu licin tersebut, dia hampir-hampir terbang dibawa angin, tetapi kecekapan Pandek memegang kepala Pontoi berjaya menyelamatkan Pontoi dari dibawa terbang si angin ribut. setelah angin ribut reda, mereka meneruskan lagi perjalanan mereka. dari jauh, Pandek terlihat satu lubang cahaya yang samar-samar. untuk menunjukkan betapa gembiranya dia, dia terus berjoget dengan iringan lagu maru maru mori mori yang datang entah dari mana. Pontoi yang kepelikan dengan tingkah laku si Pandek terus terduduk terpeleot. tangannya diangkat ke langit sambil berdoa, " Ya Allah, aku mohon padaMu, permudahkan lah perjalanan kami. Kau jauhkan lah kami dari sebarang kecelakaan. selamatkan lah Pandek daripada sampukan makhlukMu yang tidak kami nampak. Amiin Ya Rabb. '' Pontoi bangun lalu memegang muka Pandek. ''keluar kau.! keluar kau setan.! apa kau nak dekat Pandek hah??!'' Tamparan Naga berkaki Lima tiba-tiba singgah ke muka Pontoi. Pontoi terkesima. baru sahaja Pontoi ingin membalas dengan Tumbukan Gajah berbadan Kuda, cepat-cepat Pandek menunjuk ke arah cahaya tadi. Pontoi yang tadinya bengis kini dah mula melompat-lompat macam orang gila. Pandek cepat-cepat menampar-nampar muka Pontoi, takut tersampuk kononnya.

mereka berlari-lari emak menuju ke cahaya tersebut. mereka berlari-lari sambil berpimpinan tangan, dengan penuh riang gembira serta gelak ketawa macam orang baru dapat kotak ketawa. sampai sahaja di hadapan cahaya yang terang benderang itu, Pandek terhenti. tiba-tiba dia sebak. Pontoi yang kadang-kadang dungu bangau itu terpinga-pinga. '' Pontoi..aku dapat keluar ni disebabkan kau. kau yang banyak tolong aku. aku takkan lupa jasa kau. kau lah kawan aku dunia akhirat. sampai mati aku takkan lupa kau.'' Pandek buat ayat sebak. Pontoi yang hati kering hanya memikirkan Sony XPlay si Pandek. namun begitu, untuk menunjukkan yang dia itu adalah sahabat, dia mengangguk dan memaksa air matanya keluar. terharu kononnya. '' mari kita menuju cahaya itu bersama-sama, sahabat.! '' kata Pandek lepas tengok Pontoi macam tak nak cakap apa-apa. Pontoi tersenyum lebar lalu melangkah lah mereka bersama-sama menuju cahaya yang terang benderang itu.

" jilake punya semut.!! dah takde tempat lain ke kau nak masuk selain hidung aku??! menyusahkan aku je.! mampos kau sana.!" kata Ali sambil mencampak dua ekor semut hitam yang bermain-main dihidungnya dengan rakus sekali.

sekian.

-- moral of the story, berhati-hati masa berjalan. jangan lupa tengok kiri kanan sebelum melintas. :)


Thursday, July 5, 2012

everything is medicine

assalamualaikum..

when i'm sad, i looked at the sky. the cloud is crying. then it gives me a rain. the rain is falling. but it feels good when he reach the tree. the tree is smiling. then he gives me his beautiful flower. the flower is blooming. then it gives me some smile in my face. 


how good they are. and much more good is the Creater.


so, do i have any reason to keep being depressed and frustrated? 


no, i don't. i don't have time to think about the unnecessary sadness because i want to spend my time to think about my happiness.


keep believing, everything happens for a reason. ^^


-- alhamdulillah. i'm still alive. :)

Wednesday, July 4, 2012

you'll find.

assalamualaikum..

love your life.
if you not, who else?

nobody cares bout you?
so what?
it's not like it is the end of your life.

people is not born to be alone.
one find day, you'll find someone who will make you 
truly appreciate your life.

until then, live.  

Monday, July 2, 2012

the Greatest events of the Year

assalamualaikum..

euro dah habis ? yea. congrats lah dekat SPAIN yang 'melaukkan' ITALY sampai 4 - 0.
fans diorang pun bukan main lagi bergumbira dengan kemenangan diorang 2 kali berturut-turut. ehe. cool huh, bila dapat rasa jadi winner?


yup.


tapi agak-agak nya dapat tak rasa apa perasaan jadi winner lepas ramadhan nanti? 
18 days left. yang lubang-lubang tahun lepas, dah isi semula ke belum?


harap-harap ramadhan tahun ni lebih hangat lah sambutannya berbanding euro. sama juga tempoh masa. sebulan. kalau sebulan boleh berjaga sebab nak tengok Germany punya game, Spain punya game, sampai 90 minit, tu belum kira dengan masa tambahan lagi, takkan lah nak stay up jumpa berbalas rindu dengan Pencipta tak boleh, kan? 
kalau sampai sanggup ajak pemerintah turun semata-mata nak tengok final, takkan tak sanggup nak ajak pemerintah turun sambut ramadhan, tarawikh, qiam sama-sama. ye dakk?


''penat. esok nak kerja.'' ehe. time euro hari tu sampai tertidur-tidur dekat tempat kerja/kuliah bahana tengok euro, takpe pula.


tak perlu aku nak cakap lebih-lebih kot.
kalau hati dah tak nak, disesah macam mana pun tetap ada je alasannya. ikut lah hati tu, nanti mati. baru tau.


buat lah alasan banyak-banyak kat dunia ni. yang rugi bukan orang lain. diri sendiri jugak. dah pesan jangan lupa puasa, perkara tu wajib. tapi kalau dijawab, aku penat, badan aku sakit-sakit, aku tak larat nak puasa, padahal menghadap fesbuk 24 jam larat pula, petang-petang main bola larat pula, siap skor lagi. heh. kasi lah alasan macam mana pun. kat sana nanti kalau ditanya kenapa tak puasa? nak jawab apa? tak larat? malu je. 


beruntung lah kita jika kita masih sempat bertemu dengan ramadhan tahun ni. :)


-- aku bukan lah orang baik, tapi tak salah kalau aku tolong ingat-mengingatkan.
-- hidup ni kalau dijalani guna akal sendiri je, nanti alpha. boleh jadi riak dengan Pencipta. sebab tu, kena saling ingat-mengingati, nasihat-menasihati.
-- semoga Ramadhan kali ni mendatangkan seribu kali ganda kebaikan untuk diri kita. Insya-Allah. ^^