I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 25, 2012

breathing

assalamualaikum..

masa semakin pantas berlalu. dunia semakin laju berputar. hari semakin cepat berganti. bukan nak bermadah, bukan nak berpuitis *takenote*. cuti study week dah masuk ke hari yang ke-3 (selasa). i've another 8days untuk berjimba sebentar. ehem. 

cuti sem ni mungkin tak panjang. mungkin. aku tak tahu.
cuti sem ni mungkin dari hujung januari sampai pertengahan februari  (around 22 jan - 10 feb) mungkin. aku tak pasti.
cuti sem ni mungkin tak sempat nak tunaikan hajat yg terbuku, yg tersimpan. mungkin. aku tak tahu nak kate. 

well, maybe i'll have tons of things need to be settled, regarding my rumah sewa, and also things in my faculty. maybe. 

i hope it'll be just fine.

Wednesday, December 19, 2012

The Moon That Embraces The Sun

assalamualaikum..

" ehem ehem...kebizian dikesekian hari menyebabkan beta si tuan tanah tidak dapat menjenguk belog peliharaan beta. ohh. sungguh beta kesali sekali dengan begitu sedikitnya kesengkangan masa yang beta ada. " 

i'm currently watching The Moon Embraces The Sun, tu yang termasuk mood diraja sekejap. walaupun penggunaan ayat tunggang terbalik, ohh, ku peduli hape.

no movie review, as always, cuma nak kasi dengar OST sahaja. :)



cerita ni best,,,tp penuh emosi jugak. sangat-sangat banyak tisu diperlukan. tapi, disebabkan aku tengok cerita ni dalam bilik bersaksikan rumets kesayangan, maka dengan itu terbiarlah segala tisu itu di meja. takkan nak nangis depan rumet. guwa hati kental beb. ehem ehem.

i voted 5 over 5 untuk emosi. 
5 over 5 untuk hero yang kachak dan heroin yang comel (Han Ga In)
4 over 5 untuk jalan cerita. kenapa 4? tengok lah sendiri. kemudian nilai. kehkehkeh :)

the beauty of true love. :')

-- cerita ni dah lama. around june 2012 kalau tak silap. 
-- aku terjebak dengan drama ni sebab tengok han ga in, datang running man. and i'm totally fall in love with this drama. Yang Myeong Gun~~~~~~~

-- citer ni serius sedih.! guwa tak tipu.! sobsob

Friday, December 7, 2012

ruang realiti

assalamualaikum..

manusia ni banyak ragam. ada yg begitu. ada yg begini.
kita pun bukan 'diwajibkan' ikut semua perintah-hukum-mandatori-ciptaan-sendiri diorang tu. 
mana nak ikut, ikut. mana yg tak tahan, tinggal.

life is too short to be what people want you to be.
and life is too short to suffered when you have another choice : to be happy.


if you have tons of things that can make you smile, why bother with a single thing that force you to cry?



--> setiap orang ada ruang realiti masing-masing. 
--> and it's all up to you whether you wanna change it, or stay. :)

Wednesday, November 28, 2012

FAITH OST - MY EVERYTHING

assalamualaikum..



you're my every my everything, you're my everything...

love for you~~~ lalala~

Monday, November 26, 2012

Jatuh

assalamualaikum..

sesekali tu kena jugak rasa macam mana sakitnya jatuh terduduk sampai kaki terkehel, tak dapat nak bangun nak berdiri. 

supaya kitA sedar yang kita ni sebenarnya tak selalu gah atas muka bumi. tak selalu dapat bangun dari jatuh yang teruk secara sendiri. kadang-kadang kena berpaut jugak dekat tangan yang menghulur. supaya lebih berhati-hati dalam setiap tindakan, in every steps you take.

jatuh tu membantu, jatuh tu membina, take a view from the bright side peeps. failure makes you stronger. unless kau nak duduk hentak kaki, terpulang. 

Tuesday, November 20, 2012

if i could have one wish......

assalamualaikum..








cc to mr gugel.

tempat tempat yang berjaya di gugel, mostly di belanda. chantekkkkk.!


anyone...peliss peliss peliss take me there. nak tengok tulip.! nak tengok tulip.! huwaaaa T_______T

FireFlies







You would not believe your eyes
If ten million fireflies
Lit up the world as I fell asleep
'Cause they'd fill the open air
And leave tear drops everywhere
You'd think me rude but I would just stand and
Stare

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly
It's hard to say that I'd rather stay awake when I'm asleep
'Cause everything is never as it seems

'Cause I'd get a thousand hugs
From ten thousand lightning bugs
As they tried to teach me how to dance
A foxtrot above my head
A sock hop beneath my bed
The disco ball is just hanging by a thread
(Thread, thread...)

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly
It's hard to say that I'd rather stay awake when I'm asleep
'Cause everything is never as it seems
(When I fall asleep)

Leave my door open just a crack
(Please take me away from here)
'Cause I feel like such an insomniac
(Please take me away from here)
Why do I tire of counting sheep?
(Please take me away from here)
When I'm far too tired to fall asleep

To ten million fireflies
I'm weird 'cause I hate goodbyes
I got misty eyes as they said farewell
(Said farewell)
But I'll know where several are
If my dreams get real bizarre
'Cause I saved a few and I keep them in a jar
(Jar, jar, jar...)

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly
It's hard to say that I'd rather stay awake when I'm asleep
'Cause everything is never as it seems
(When I fall asleep)

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly
It's hard to say that I'd rather stay awake when I'm asleep
Because my dreams are bursting at the seams


FireFlies by Owl City

credit to www.azlyrics.com

Sunday, November 18, 2012

bloody monday

assalamualaikum..

it's not a movie review. :) malas nak buat review since aku rasa ramai yang tahu cerita Bloody Monday ni kot. ke tak ? er. 

abam kachak   cc: inche gugel

okay. since aku ni budak baik so aku nak describe satu dua jalan cerita Bloody Monday ni. is it really 'jalan cerita' ? lepas kena sound dengan miss kanai tentang buruknya penggunaan tatabahasa aku, tetiba aku bertukar jadi orang yang sentiasa berhati-hati bila nak berkata-kata. tapi dengan dia je lah. i need kamus dewan bahasa dan pustaka stick with me every time i am with her. maybe.
what's the problem with ' hensem nya kawasaki tu ' ? and, it's a normal thing kalau guna ' itik tu sensorang je kat situ '. kan nampak lebih mesra gitu. tak ke ? *maaf cikgu*

back to the bloody monday, cerita ni mengisahkan tentang seorang brader ni nama dia fujimaru apa ntah. he is a hacker known as flacon. dia fight bersama-sama dengan THIRD-i, an organisation dekat Jepun tu untuk mengalahkan satu kumpulan terrorist yang nak reconstruct Jepun. aku tak sure lah THIRD-i ni polis ke hape, but more to pasukan yang menyelamatkan negara. macam citer otromen tu, the one and only pasukan yang selamatkan bumi daripada ancaman raksasa. lebih kurang gitu lah sama dengan THIRD-i ni. cuma diorang ni gaduh dengan terrorist melalui sistem komputer. tak macam otromen yang lebih thrill dengan aksi-aksi laser beam, bertukar, terbang-terbang, dan tak kurang juga dengan yang hantar raksasa balik ke tempat asal mereka tanpa menggunakan kekerasan. hero terbaik ku. :D si terrorist ni serang Jepun guna komputer je. teknologi katanya. *tapi aku terkena serangan tekanan mental sekejap masa awal-awal tengok citer ni.* diorang plan nak bom si Jepun ni guna The Third Emperor, memula guwa dah bayang prince charming ke hape si third emperor ni. dah emperor, mesti lah diraja kan. tu apa yang ada dalam bayangan imaginasi aku lah. tapi panas tak sampai ke petang. tetiba prince charming dalam anganan bertukar menjadi bom yang gila besaw. bom yang kononnya power gila yang ketiga yang terhasil. hancur harapan nak cuci mata. nasib baik si fujimaru tu hensem. okay, dah. bab nak buat movie review ni aku failed bawah 20 peratus. jadi korang kalau nak tahu dengan lebih mendalam, atau nak selami lagi cerita ni pasal apa, mohon ringan-ringankan jari singgah dekat inche google. dia pasti menyediakan khidmat terbaik. *promotertakberbayar*

tujuan asal aku hapdate ni sebab nak kasi korang dengar ost cerita ni je. entah macam mana, entah bagaimana, boleh tersalah parking masuk review. padahal dah tulis awal-awal bukan movie review. entah kenapa, entah bagaimana lagi sekali, aku rasa ayat aku dah mula jadi huru hara. cilake. 



aishite..aishiteru~~ lalalala~~ lepas dengar asik nak nyanyi je. bertungkus lumus nak hafal lirik. demi meningkatkan lagi pengusaan bahasa Jepun kononnya. eh.

okbai. 

edited :: lupa nak mentioned. ni season 2 punya citer. ^_^

Saturday, November 17, 2012

mirror

assalamualaikum..

kosong. blank. hitam. gelap. currently stuck in my own theater. in my own film directed by Mr. Mind and co by Mr. Heart. 

what will you do if there're various road in front, but none of them is available. keep going, and keep searching for the available one, or, turn back, and sit back calmly, peacefully, and feel comfort with the one you've taken before ?

which road will you take ? why ?

every time i've got the first question answered, then i'll stuck on the second. 

is it me who take life too complicated, or is it me who can't see things clearly ? i'm positive with both. =='



-- give me some time till i reached the right path.
-- lead me to Your guidance, My Almighty.

Saturday, November 3, 2012

kenchana :)

assalamualaikum..

the storm's come
the thunder's strike
heavy rain's pour down

take it easy
turned off the light
and sleep tight
say your goodnight

it's gonna be alright


--> it's hard. yes it is.
--> it's okay. :)

--> is it really kenchana? how to spell it correctly? =..='

Tuesday, October 30, 2012

terima kasih :)

assalamualaikum..



for some reason, i do wanna cry.

thank you :')

--- > ada yang kate lagu ni khas buat pm,..err..no komen. bagi aku, lagu ni just nice. what's wrong with thanking people and your own beloved country, malaysian?

Friday, October 26, 2012

IF....


IF you can keep your head when all about you 
Are losing theirs and blaming it on you,

If you can trust yourself when all men doubt you,
But make allowance for their doubting too;

If you can wait and not be tired by waiting,
Or being lied about, don't deal in lies,
Or being hated, don't give way to hating,
And yet don't look too good, nor talk too wise:

If you can dream - and not make dreams your master;
If you can think - and not make thoughts your aim;
If you can meet with Triumph and Disaster
And treat those two impostors just the same;

If you can bear to hear the truth you've spoken
Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you gave your life to, broken,
And stoop and build 'em up with worn-out tools:

If you can make one heap of all your winnings 
And risk it on one turn of pitch-and-toss,
And lose, and start again at your beginnings
And never breathe a word about your loss;

If you can force your heart and nerve and sinew
To serve your turn long after they are gone,
And so hold on when there is nothing in you
Except the Will which says to them: 'Hold on!'

If you can talk with crowds and keep your virtue,
' Or walk with Kings - nor lose the common touch,

if neither foes nor loving friends can hurt you,
If all men count with you, but none too much;

If you can fill the unforgiving minute
With sixty seconds' worth of distance run,
Yours is the Earth and everything that's in it,
And - which is more - you'll be a Man, my son!

IF by Rudyard Kipling

when i studying this poem in my 2ndary school, i thought nothing. now, it is something.

--- > such a wonderful advice for a little maggots like me T.T
--- > me is trying to be a Man.!



Monday, October 22, 2012

matematika

" sudah.! kita putus.! gua dah tak tahan dengan lu lagi.! lu ingat, hati dan perasaan gua ni untuk dibuat main ke hah???! " tengking si Kamilan sampai tercabut halkum nya. Pen di tangan dicampakkan ke lantai.

" kenapa kau marah sangat ni? bukan kau kata kau sayang aku? kau kata kau cinta aku. dulu, masa sekolah bukan main lagi kau mengayat aku. dari form 4 sampai form 5, apa pun yang aku buat kau tetap sabar. kau tetap dapat cari jalan penyelesaian untuk masalah yang kita hadapi. kenapa sekarang kau berubah?? " kate si matematika dengan beriya dan agak sombong.

" ahhh.! itu dulu.! dulu cinta gua kat lu mekar bak jambangan ros segar. sekarang, gua dah tak tahan.! walaupun gua nampak macho, tapi gua juga ada hati dan perasaan. sampai hati lu buat gua macam ni. sampai bila lu nak uji gua?? masih tak jelas ke sayang gua kat lu? " Kamilan terduduk. dia menangis teresak-esak.

" bukan aku.....bukan aku yang paksa kau untuk sayang aku....kau yang..."

" ahhh.! sudah.! mulai hari ni, gua nekad yang gua takkan jatuh cinta lagi dengan lu. lu sayang sangat dekat si x tu kan, sampai lu asik menyusahkan gua cari dia. lu pergi cari dia sendiri.! gua dah malas nak amik kesah. okbai.!! "

Kamilan mencampakkan kertas soalan matematik nya kelantai lalu dipijak-pijak sehingga lunyai. " kita dah takde apa-apa lagi.! " maka berakhir lah riwayat si matematika setelah dipijak-pijak oleh Kamilan. 


--- > stress dengan test math tadi. kalau lah aku mampu untuk pijak kertas soalan tadi.....

---- > orang kata jangan give up. baik lah. aku tak give up. berusaha lebih keras lagi :)
---- > i love you, math.!! 

Saturday, October 20, 2012

ayuh berkongsi kasut :)

assalamualaikum...

every little things happened with a reason. follow the flow, live the life happily, never give up, stay cool, stay calm, blablabla yadayada~

easy said, huh?

put yourself in their shoe, and let see if the words can make some changes in you. 

sometimes, you can talk but you'll never understand.
you can speak but never comfort.

put yourself in their shoe. let your foot feel the same touch. then, speak.


--- senang nak cakap, tapi susah nak buat.
--- senang faham teori, susah adapt dengan praktikal
--- got what i mean? ^^

Thursday, October 11, 2012

dokter BINATANG

" Mannn. sabar lah. bini kau tak pape tu. kau rilek je lah. aku ada magnum lebih. kau nak? " Kame'an yang dari tadi duduk tak reti diam macam katak kena garam berpaling 840 darjah kearah Pak Jemput. apakejadahnya orang tua ni nak mengajak aku bernombor. dia tak tahu ke aku tengah susah hati. mintak backhand ala otromen ke hape ni. " aku tak main nombor lah Pak Jem." jawab Kame'an konon-konon suci. 

" kau ingat aku ni tua kutuk tak sedar diri ke? ni haaa. aiskrim magnum ni. aku baru beli tadi. keluaran terbaru lagi. kot-kot boleh menyejukkan hati kau yang tengah tak tenteram tu. dah macam kekura tertelan batu aku tengok." 

" macam mana lah aku nak tenteram Pak Jem oii. bini aku kat dalam nu haa. entah apa jadi kat dia. manusia kat dalam tu entah dah hape kan bini aku tu pon aku tak tahu." Kame'an mengoyakkan plastik bungkusan magnum dengan rakusnya lalu diaimkan ke tong sampah. dengan sekali cubaan sahaja sampah tersebut berjaya dimasukkan kedalam tong sampah. ohh Kame'ann.....

" takde nya diorang nak apa-apakan bini kau tu. tak hadap pon diorang dengan si Semek tu. kehkeh." Pak Jem ketawa kecil. chuckle kata omputih. tiba-tiba Pak Jem jatuh terjelepok dari kerusi hasil daripada tumbukan padu naga berkepala lembu Kame'an. padan muka kau Pak Jem. siapa suruh mengutuk bini aku. kata Kame'an dalam hati. baru sahaja Pak Jem nak mereply tumbukan tersebut, tiba-tiba....pintu kecemasan yang menempatkan si Semek terbuka. wanita berbaju putih lengkap keluar dari bilik itu. mereka berdua terkedu sebentar. 

" dokter, amacam dengan si Semek kat dalam tu? " tanya Pak Jem. Kame'an hanya menunggu tanpa berkata apa-apa.

" dia okey je Pakcik. Jangan risau. cuma dia perlukan masa beberapa hari untuk pulih. "

" ohh yeke. bagus lah kalau macam tu...." tiba-tiba Pak Jem terdiam. " terima kasih, dokter.....BINATANG." Pak Jem menyengih. 

dokter yang bengang buat muka inesen nya lalu mereply " sama-sama TUAN LEMBU,"

*************
kasut puteh says : 

veterinar is the scientific name for those who are works as animal saver. there's no such thing as dokter binatang or whatsoever. don't be like Pak Jem who is so suka-hati-mak-dia-je nak sebut apa. :)

and for those who can't understand the quick chapter above, i'm so sorry. do dive in more deeply. thank you. 

special for bumiputra only. :) *coz only bumiputra can faham the meaning. no?*

Monday, September 17, 2012

one man

assalamualaikum..

lepas sekian lama, baru ada peluang nak jenguk blog. lagi sekali si cantik manis ini telah diabaikan. *nangis guling guling*

topic hari ni.....aku nak gebang dengan penemuan lagu han namja *kot*. KJK punya lagu. korang nak dengar lagu tu? pi search sendiri dekat youtube. and kalau boleh tengok lah yang ada subs punya. kalau tidak melangok lah korang dok pahe pekejadah nya maksud lagu tu. 

okey okey. aku tau korang malas nak search kan. semua pun nak kena ada depan mata je.! nah lah. korang baca dan hayati dan dengar lah ea. eh, tp jangan sampai taksub pulak. dengar suka-suka je takpe. :)


tak tau lah sejak bila dan kenapa aku boleh layan lagu korea nih. maybe sebab running man tu kot. eheem, but i'm not the peminat k-pop tegar ye. satu dua lagu je pung yang aku layan. 

-- masih mencari masa dan secebis line internet untuk mempublish tulisan baru.

Thursday, August 23, 2012

konklusi raya tahun ni

assalamualaikum..

5 syawal. bermakna sudah 5 hari menyambut aidilfitri. konklusi untuk raya tahun ni? mungkin terlalu awal, tapi konklusinya....


ianya menghadirkan sebuah senyuman disebalik seribu kedukaan. :)

Saturday, August 18, 2012

hepy Eid ::

assalamualaikum...

bila sebut pasal raya, mereka pasti akan tersenyum lebar. terngiang-ngiang lagu-lagu raya. terbayang-bayang ketupat lemang rendang segala. terbau-bau asap mercun bunga api yang bukan seringgit dua. terimbau kenangan dulu kala.

teringat beberapa tahun yang lepas. ketika 'raya' masih lagi bermakna. ketika 'raya' adalah masa yang paling dinanti sepanjang tahun. ketika 'raya' adalah masa untuk berebut duit dengan sanak saudara. ketika 'raya' adalah hari yang paling istimewa. *senyum*

rumah tu tak pernah sunyi. meriam bingit disetiap sudut. leteran si tua menjadi peneman. sakit mendengar hanya sementara, selebihnya mengundang tawa. hilai tawa mereka dimalam raya menghidupkan suasana. rindu? ya. 

pagi raya..awalnya bermula dengan berjalan kaki keliling kampung, satu persatu pintu diketuk, sebuah demi sebuah rumah diterjah. pulang dengan badan yang basah lencun dek peluh, namun dihiasi wajah yang puas kerana usaha yang 'terbayar'. tapi itu semua sudah hilang. tiada lagi terjah menerjah. malu kian menebal, segan kian mendalam. tinggal semua sebagai kenangan untuk dikenang. rindu? ya.

empat tahun lepas. yang terakhir adalah empat tahun yang lepas. 

sekarang? cukup lah sekadar orang tua didepan mata. cukup hanya dengan keluarga duduk semeja. walau kerusi yang diisi hanya enam campur dua. sepuluh kali ganda kurang dengan bilangan yang pernah ada. 

rumah itu..mungkin dijejaki. mungkin hanya melalui memori. sakit? ya. rindu? sudah semestinya. andai masa dapat diulangkan, segala yang salah mungkin dapat diperbetulkan. segala yang sonsang mungkin dapat diluruskan. *senyum*

***

Terawih terakhir untuk tahun ni. Sahur terakhir untuk tahun ni. iftar terakhir untuk tahun ni. mungkin kah ramadhan terakhir ? harapannya semoga bertemu lagi dengan ramadhan tahun depan :) Allahuma balighna ramadhan. 

-- hepy eid friends :)
-- maaf atas segalanya. yang terlihat, yang tidak. yang sengaja, yang ter2. 
-- i'm totally dah tak rasa nikmat raya. can someone show me what is raya again? i beg :)

Friday, August 17, 2012

Bukan kah itu satu perubahan?

assalamualaikum..

"kau ni langsung tak berubah la. dari dulu sampai laa ni, dok tang tu aje.!" kata dia kepada dia yang lagi sorang.

nak cerita pasal perubahan dalam diri seseorang, kita yang bukan diri dia toksah nak sebok-sebok lah kata dia dah berubah ke belum. dok tang mana pun, kita nampak apa yang kita nampak je, yang kita tak nampak, kita mana tau? ye dak? 

tapi bila terfikir balik, apa tu perubahan, hey, banyak makna rupanya perubahan tu. dari yang sekecik-keciknya sampai laa ke yang besar gabak, itu semua dipanggil perubahan.

sepanjang 20 tahun (bape bulan entah) aku hidup ni, aku pun telah mengubahkan diri dari sesuatu ke sesuatu. tapi aku still failed nak ''bertukar'' macam otromen tu. ohh, mereka sangat cool, tahu? jangan tanya aku, antara spiderman dengan otromen siapa lagi kuat. apa punya soalan entah. terang-terang lah otromen lagi kuat.

balik ke pangkal jalan, perubahan-perubahan yang telah aku lakukan. kalau dulu masa kecik aku punya tak suka tengok kamera, rasa macam apakebenda lah menatang flash-flash ni, tapi sekarang aku dah rapat sikit dengan kamera. eh, ke banyak? entah. haa. tapi, bukan kah itu satu perubahan?



kalau dulu masa kecik-kecik aku pernah masak nasi, tapi sampai ke subuh nasi tu tak masak. bila nak makan rasa pelik je kenapa lah beras tu tak transform jadi nasi. dan punya lah sengal aku cakap kat mak aku, ''mak, beras ni rosak ni. dia tak jadi nasi pun.'' padahal tak tekan periuk, terpaksa berlapar untuk dua kali ganda dari biasa. bila ingat balik rasa macam dungu bangau jugak aku ni dulu. tapi sekarang dah tak lagi, aku dah expert masak nasi.! bukan kah itu satu perubahan?


kalau dulu masa kecik-kecik, aku ni jenis yang hot tempered. buat lah salah sikit, confirm angin aku keluar. abang aku yang tua tu jadi kawan gaduh aku masa kecik-kecik dulu. bertumbuk je keja kitorang. kalau berselisih bahu, tak menjeling memang tak sah. tapi sekarang dah tak lagi.! kitorang boleh shopping sama-sama dah sekarang ni. sampai makan pun dah boleh bersuap-suap. eh, tak lah sampai bersuap. tapi nampak lah kan kitorang dah baik? dan aku pun dah boleh kawal tempered aku dengan jayanya. tapi tu bukan bermakna korang boleh suka-suka buat hal dengan aku *muka gengster* dan, bukan kah itu satu perubahan?



banyak lah sebenarnya.kalau dulu aku cuma copy anime dari member sebab malas nak donlod, tau tengok je. tapi bila diorang takde mula lah nak kelua muka sekupang lima kupang. tapi sekarang dah tak lagi. aku dah rajin donlod sendiri. aku pun rajin tengok online je. tu yg asik kena bising dengan rumet, keja tengok katun je. tapi, bukan kah itu satu perubahan?

korang pun mesti dah lalui banyak jugak perubahan dalam diri korang kan? antara sedar dengan tak je. jadi aku tak rasa orang lain layak cakap kita begitu begini sebab diorang tak tahu dan tak pernah tahu, mungkin? tak ke? eh. so what? in my opinion, yes, it is. 

orang yang kata kita tak matang tak membesar dengan kita, so how can they judge?
orang yang kata kita hidup tak pernah berdikari tak membesar dengan kita, how can they tell?
orang yang cakap kita sama je dulu kini selamanya tak join perjalanan hidup kita, so what the coconut are they talking?

no no no. i'm not emo. seriously. :) 

jadi di sini, ingin aku tegaskan bahawa people change :) tak kira besar mana perubahan tu, tak kira apa juga jenis perubahan, they do changed. eh. tak salah kalau nak cakap '' kau ni tak berubah langsung '' and apa-apa lah yang berkaitan dengannya. seriously, tak salah. :) 

c'mon peeps. you've got no sense of humor or what?

-- tulisan kali ni agak serabut. biasalah, dah lama tak menulis. eh.
-- aku doakan korang tak pening kepala masa membaca :)

kasut puteh says : giving an opinion and judging is two different things separate by a thick line. 

Monday, August 13, 2012

terimakasih, sorry, sayang awak :)

assalamualaikum..

hey awak.!! ye. awak lah. eh eh. jangan fikir orang lain. awak lah yang saya maksudkan tu. terima kasih ye awak. :) untuk apa? takde apa. mak saya kate, kita kena selalu ucap terima kasih dekat mereka yang buat kita bahagia dengan hidup kita. jadi, terima kasih ye, awak :)


dan... 

saya minta maaf juga. untuk salah silap saya dekat awak selama ni kalau ada (bajet suci). maafkan saya, ye? eh. awak ada buat salah kat saya ke? ermmm. mungkin ada. takpe. jangan risau, saya dah maafkan kesalahan kesilapan kedengkian awak dekat saya. kehkeh.


dan...

eh awak. mungkin saya tak pernah cakap, tapi saya sayang awak sangat-sangat. :) kenang daku dalam doamu, ye? hehe



-- kasut puteh says :: they said the starry night is beautiful, but i'll say it is nothing compare to you. :)
-- untuk siapa? untuk awak lah :)
-- siapa awak? eh eh. cuba baca balik betul2. kehkehkeh

Saturday, August 11, 2012

Senaman Si Tommy

assalamualaikum..

hey peeps.! let's rock this out.!! 



i do enjoy the fun in every steps. you should have some, too. :) 

-- terindu zaman mds masa asasi. 

Thursday, August 9, 2012

Meniti Waktu

hening malam...
hembusan angin sedinginnya salju
kelam malam..
purnama merindu
diteman sang bayu
coretan hati pilu
dihiris kata bak sendu
layu....
ombak resah..
seresah rindu dibuai gelora
bahtera cinta..
kini hanyut di muara
apa daya... 
ditenggelami rintangan tak diundang
tak mengapa..
suratan takdir telah menentukan
ku akan pergi jangan di tangisi
cintaku tetap mekar dihati
tak mengapa...
rentasi hidup di dalam kenangan
berilah sekalung doa
buat bekalan di alam maya nur syurgawi
tak terdaya..
ku merubah takdir yang tertulis untuk diri ini
tak terdaya..
ku ucapkan selamat tinggal oh sayang
kau permata hatiku
izinkanlah..
ku pejam mataku buat kali yang terakhir
pohon kemaafan dari insan perindu..
tak mengapa..
rentasi hidup di dalam kenangan
berilah sekalung doa
buat bekalan di alam maya nur syurgawi
tak terdaya..
ku merubah takdir yang tertulis untuk diri ini
tak terdaya
ku ucapkan selamat tinggal oh sayang
kau permata hatiku
izinkanlah..
ku pejam mataku buat kali yang terakhir
lilin hidup makin pudar
meniti waktu...



EJEN 505


'' agent 505.! Agent 505.! Perhatian.! Agent 505.! Sila ke pengkalan data sekarang, over.! ''
'' agent 505, arahan diterima. Over.! ''

Pesawat Lycra the Phoenix berdesup laju membelah awan. Pusingan 180 darjah dilakukan. Berkepuk-kepuk asap memenuhi ruang angkasa Negeri Temberang. Entah kenapa dia diberi arahan untuk pulang sewaktu menjalankan misi mengalahkan raksasa berkepala tiga, dia sendiri tidak tahu. Mungkin ada misi yang lebih penting untuknya, kata si otak. Dia hanya mengangguk.

Pintu gerbang pengkalan data Verysure D’Bagus terbuka mengalu-alukan kepulangannya. Selesai mem’parking’ Phoenix nya, Estensyler terus menuju ke tempat yang dia nak tuju.  Chief kecik sedang menanti dengan muka serius. Kerusi yang didudukinya dipusing-dipusing kekiri dan kanan. Sambil dinaik turunkan ke atas, kebawah. Jakun betul orang tua ni. Kat rumah takde lettew.! Kata Estensyler dalam hati. Cakap depan-depan nanti kena marah pula.

'' ada apa chief nak jumpa saya ? ada tugas baru ke ? '' soal Estensyler tidak sabar.
'' tidak. Saja je saya panggil kamu. Nak ajak ngopi, '' Estensyler terkedu. PA chief si Sheristar yang baru masuk turut terkelu. Orang tua buang tebiat? Dalam tidak sedar mereka mengangguk sendiri. '' err..kita ngopi malam nanti pun boleh chief. Saya tengah berusaha mengalahkan raksasa tadi..saya pi sambung keja saya lah, ye chief ? '' kata Estensyler hormat.

Tiba-tiba chief ketawa melekek-lekek. Geli hati benar dia. Estensyler dah panas hati. Ada yang kena libas dengan backhand super tornado ni kang. Grrr.

'' duduk lah dulu..sebenarnya..saya ada sesuatu nak dibincangkan dengan kamu. Sheristar, tolong buatkan dua cawan kopi, kurang gula, tambah sikit madu. Dan jangan lupa, guna mug yang Mat Ketong hantar kat saya tempoh hari, ye ? '' Sheristar mengangguk sambil berlalu keluar. '' chief, saya puasa.'' Kata Estensyler. Serba salah pula dia. ''saya pun puasa. '' chief dah senyum-senyum. Estensyler hanya diam. Pening kepala layan kepala orang tua ni. Nak dikata nyanyuk, nampak muda lagi. Nyanyuk sebelum usia, kot?

'' Estensyler, tujuan saya memanggil kamu adalah untuk memberi kamu satu tugas khas. Hanya kamu dan Lycra the Phoenix sahaja yang boleh melakukan tugas ini. Adakah kamu ingin menerimanya? '' chief dah masuk mood serius. Muka Estensyler dipandang sehingga tembus ke pintu. Estensyler terkejut dengan tawaran tu. Dia nak melompat walaupun tak tau tugas apa yang bakal dia galas. Happy dengan kata-kata chief yang menyatakan bahawasanya hanya dia seorang sahaja yang boleh melaksanakan tugas tu. Dia ter’riak’ sekejap.

'' saya sanggup, chief.! Biar pun meredah lautan api, akan ku lakukan jua demi keamanan umat sejagat.'' Chief menepuk-nepuk bahunya sambil menghadiahkan senyuman sejuta bintang. Bangga dia dengan Estensyler. '' chief, ini kopinya. '' ujar Sheristar sambil meletakkan dua mug kopi diatas meja. Chief mengangguk lalu menunjukkan pintu yang bertulis EXIT kepada si Sheristar. Sheristar menjeling tajam lalu berlalu keluar. Kakinya dihentak-hentak sampai patah tumit kasut.

'' baiklah Estensyler, saya nak kamu hantar kopi ni ke arah 75 darjah utara 306000 batu dari Kampung Tengkorakmu Hilang. gunakan Lycra the Phoenix kamu yang baru direnovate itu. Dan jangan lupa, disetiap persimpangan, lakukan back flip 360 darjah dan kamu akan jumpa petunjuk yang menunjuk. Dan ingat lah, disepanjang perjalanan kamu akan ada liku-liku yang mendatang. Jangan kau berputus asa, teruskan perjuangan. Ingat lah, Estensyler, hanya kamu dah Phoenix yang mampu melaksanakan tugas ini.'' Kata chief penuh semangat.

'' saya kena hantar kat siapa ni, chief? ''

'' Mat Ketong dan isterinya, Mak Jombli ''

*****************
“ hello, Mat. Aku dah hantar anak buah aku deliver pesanan kau. Dia tengah naik angin tu, kau hati-hati lah ye. Ermm. Okey. Baik. Jangan lupa janji kita ye, bini aku ngidam sangat nak makan daging lembu dari sana. Okey. Chow ”

diwaktu yang sama....

'' tak guna punya chief. kalau suruh deliver dekat Raja Planet PLUtaraya ni takpe lah jugak. ini kambing bumi.! mentang-mentang lah kawan seguli selongkang selumpur dia. Dasar kambing bertuxedo.! Tercalar maruah aku dari si Pengkaji Angkasaraya ke Mat deliver. '' Estensyler mengetap-ngetap bibirnya menahan geram.

my name is Chief Goatee - cc : gugel 


-- p/s jgn riak dengan apa yg kita ada. itu tak semestinya yang terbaik untuk kita :)
-- p/ss ingat pesan chief baik2 sebelum memulakan langkah ke kehidupan baru :)
-- p/sss jangan racist.! *mungkin takde kaitan utk mereka yang tak nampak*

kasut puteh says :: disetiap persimpangan, lakukan back flip 360 darjah. treasure it :)

Saturday, August 4, 2012

MC 5 hari yang merobek hati AZMELIA !

di satu petang yang kuning kekuningan...
'' aku frust lah, Adilla Syakila binti Khairul Azmi..''
'' mengapakah wahai adinda ku Azmelia binti Asmadi? '' Adilla bertanya kembali. dilihatnya wajah Azmelia dalam-dalam. tensi sahaja mukanya. ibarat tempoyak basi dihurung lalat. 
'' yang kau berkanda adinda dengan aku ni kenapa? cukup lah dengan drama yang menghina aku dan kerabat ku yang sibuk diperkatakan dilaman sosial, jangan pula kau menambah lagi kesebalan dihatiku ini.'' Azmelia menarik muka lapan belas. sebal. geram. sakit hati semua nya ada. ingin sahaja dia menembak dengan machine gun makhluk yang merosakkan nama baik kaum kerabatnya itu. kalau lah dia boleh jumpa dengan perempuan tiruan ituuuu.!!
'' bukan niat aku untuk mempersendakan kau, Azmelia binti Asmadi. aku cuma concern dengan kau. kau tahu kan, aku tak boleh lihat kau berduka lara. nanti aku juga turut bersedih. ibaratnya, cucuk mata kanan, mata kiri terkatup jua.'' Azmelia terdiam. dia tahu Adilla kawan yang baik. walaupun mereka berlainan darjat, berlainan darah, berlainan keturunan. tidak seperti perempuan tiruan itu, sudah lah tidak kenal, berani pula dia ingin menjoinkan dirinya bersama kaum ku, malah langsung tidak menghormati kami, memberi malu lagi ada. manusia, aku benci manusia yang sepertinya.!

'' kau bersedih kerana video itu? '' Adilla meneka. sejak melihat video itu di tiubanda, Azmelia terus bermasam muka. seperti terkena panahan kentut seribu bau pakcik skunk. kelat dan busuk.!
'' hmmm. aku tak tau la apa masalah dia dengan kerabat aku. kami takde kacau dia, tiba-tiba dia..........entah lah. INFECTION? MC 5 HARI? JADI? KENPA MESTI KAITKAN KAMI? Adilla Syakila binti Khairul Azmi, apa yang patut aku lakukan? kata kan lah padaku..katakan lah ucapkan lahh percaya laahh...'' Azmelia hampir-hampir bertransformasi menjadi Hazami, mujur Adilla sempat mengembalikannya ke dunia nyata.  
'' wahai Azmelia binti Asmadi, jangan lah kau gusar, jangan lah kau bersedih hati. sesungguhnya, dia mengagumimu. kau harus berbangga kerana manusia ingin meniru gayamu. namamu kini lebih terkenal dikalangan mereka. bergembiralah, kerana satu hari nanti kau mungkin akan dinaiktaraf menjadi model dalam front page majalah-majalah, payyperr, serta buletin utama. senyum lah, sahabatku. tunjuk kan senyuman yang ori datang dari kaum mu, buka fake dari para pentiru.''
'' terima kasih, sahabatku.! '' Azmelia tersenyum bahagia.


Adilla dan Azmelia pulang ke dorm masing-masing setelah puas meronggeng di waktu petang.

Zizan yang melihat dari jauh perilaku dua sahabat itu hanya mampu menggeleng kepala. ini rupanya maksud ' ibarat ayam bercakap dengan itik.'

-- setiap ciptaan Allah itu indah-indah belaka :)

Friday, August 3, 2012

Pak Yahya yang kempunan

'' Yah, sesekali aku nak jugak makan yang sedap-sedap. hari-hari kau kasi aku makan menu yang sama, tekak aku ni pun dah meronta-ronta. tertekan dia Yah. kalau kau tak kesian kat aku, kesian lah kat tekak aku ni, Yah '' kata Mat Ketong. 
Pak Yahya yang lebih mesra dipanggil Yah hanya mampu melihat rakannya. matanya yang ada petak-petak sikit tu kelihatan suram. kesian. tapi apa boleh buat, itu saja yang dia mampu beri. '' kau makan je lah Mat Tong. itu je yang ada. '' kata Yah. 
Mat Ketong mengeluh. sudu dan garfu dicapai. dikuis-kuis nya makanan itu. tak selera benar dia. Yah yang melihat perlakuan sumbing Mat Ketong pantas mencapai garfu lalu meyumbat makanan itu masuk ke mulut Mat Ketong. seperti memasukkan inti tahu sumbat saja lagaknya. 
'' Yah, malam ni kita dinner apa? ''
'' kau nak makan apa? ''
'' aku boleh request ke, Yah? ''
'' kalau mampu, aku tunaikan lah.'' balas Yah bersungguh-sungguh.
'' kalau boleh, menu sampingan aku nak lasagna, pizza dengan BK. menu utama, cukup lah sekadar ayam golek, dengan pari bakar. dessert aku nak aiskrim BR. tutti frutti pun boleh. kalau takde, walls pun aku terima.'' lancar saja Mat Ketung menyebut satu-satu menu. ibaratnya seperti menekan-nekan keypad nokia3310. lancar tiada sekatan. tak macam touchscreen yang takde keypad. 
Yah bingkas bangun. mukanya nampak bengis sekali. aura Harimau Janji Ditapai-ie menyelubungi diseluruh tubuhnya. element super saiyya semakin membuak-buak. rambutnya yang keputihan bertukar menjadi keungguan. level tranformasi sudah mencapai tahap maksima. kalah transformer episode lapan ratus lapan puluh lapan. gundam kaler biru juga tidak mampu bertukar seperti mana Pak Yahya bertukar. begitu dasat sekali gayanya. 
'' kau tunggu nak raya nanti. nanti aku kasi kau makan puas-puas. sampai gemuk badan kau mengalahkan maitibu dalam dragon ball.! masa tu, tiba masa balas budi. '' kata Yah. lalu dia terus terbang ke arah bangau yang berkicau mencari makanan. dasar bangau tak reti puasa.! kata Yah melepas geram sambil kentut kuat-kuat. Mat Ketong yang kecuakkan cepat-cepat mengemas pakaian nya. segala henset, ipad, iphone turut dibawa sama. hanya Sony XPlay sahaja yang dia tinggal. tak mampu dia bawak kerana begnya dah tak muat. dia meninggalkan sepucuk surat untuk Yah. lalu dia terus beredar membawa diri, jauh dari Yah, jauh dari kampung Tengkorakmu Hilang.


******
Pak Yahya yang baru balik dari tengok cerita Dejavu di Kentutlu sebab nak hilang kan geram mula pelik bila tengok Mat Ketong tiada di port biasa nya. puas dia cari sekeliling rumah, namun tidak berjumpa. akhirnya dia terjumpa sepucuk surat dekat bawah tali kegemaran Mat Ketong. dengan rakus Yah terus membuka surat itu, sampai terkoyak sedikit dibahagian tepi. 


Yah, aku mintak maaf. terima kasih aku ucapkan sebab kau jaga aku, kasi aku makan, tempat tinggal. tapi Yah, aku masih belum bersedia untuk itu. aku masih bujang. aku belum kawin. aku takde generasi. izinkan aku rasa nikmat perkahwinan dulu, baru aku merelakan diri untuk kau. oleh itu, bersabar lah. nantikan kepulangan aku dengan anak-anak aku. 
p/s aku tinggalkan Sony Xplay tu untuk kau. supaya kau boleh naikkan score Fruit Ninja. aku harap kau berjaya. 


penuh cinta (duckface),
Mat Ketong


Pak Yahya terduduk, terkesima dia sebentar. Sony Xplay kepunyaan Mat Ketong diambil. ditekan-tekan seperti menaip sesuatu.
'' Hello, Man. Rasanya tahun ni tak jadi lah kita nak merasa daging kambing. kambing ayah lari. Hmm. Okey. Kita makan rendang ayam je lah ye, Man. Okey. Chow.''
Pak Yahya masuk ke rumah dengan hati yang berduka lara.


'' bawa daku pergi~ surf jauh2~ lari dari realiti~ '' - Mat Ketong. cc:sumber gugel


-- layan haiwan peliharaan korang dengan sebaiknya, lagi2 yang nak dibuat 'lauk'. jangan sampai diorang lari :)